Wednesday, 24 September 2014

Saya dan SHAKLEE

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Harini saya nak ceritakan serba sedikit tentang diri saya dan Shaklee.

Nama saya yang tercatit dalam surat beranak dan ic adalah Fatimah Binti Jaafar. Arwah mak kata, nama tu dibubuh oleh orang yang kerja di kaunter jabatan pendaftaran kerana arwah Ayah terlupa nama yang sepatutnya didaftarkan..huhuhu

Tahun ini saya berusia 28 tahun. Telah berkahwin selama lebih kurang 5 tahun dan dikurniakan dua orang cahayamata. Yang sulung, Muhamad Aqil Hakimi berusia 3 tahun dan yang kedua, Muhammad Arif Rizqi, 1 tahun setengah. Dua2 hero..jadi, dirumah, saya dikelilingi 3 orang hero..hihi

Saya bekerja sebagai Pembantu Peribadi @ PA di sebuah Badan Berkanun. Baru 4 tahun berkhidmat.

Ok, saya nak cerita mengenai macam mana saya boleh terpikat untuk jadi ahli dan seterusnya jadi Pengedar Shaklee. Tahun lepas, selepas bersalin anak kedua, saya mencari produk untuk tambah susu sebab susu badan drop. Seorang kawan kenalkan dengan Shaklee ni. Saya pun cuba dua produk Shaklee iaitu:


                                  Alfalfa Complex dan


                         Energizing Soy Protein (ESP)

Akhirnya, saya dapat manfaat dari sudut lain pula. Rupanya produk ni juga boleh bertindak seperti jamu.. Beberapa bulan selepas itu, saya pergi buat Pap Smear. Semasa prosedur tersebut dijalankan, Doktor tanya adakah saya bersalin secara pembedahan kerana tiada kesan seperti pernah bersalin normal. Sedangkan dua2 anak bersalin normal. Rapat2 pula jarak diorang tu.huhu.. jenuh fikir, saya tak ada ambil jamu kecuali dua produk Shaklee ni.. Maknanya kesan dari produk ni la.

Lama kelamaan saya semakin yakin dengan produk Shaklee dan ingin berkongsi kebaikan dan manfaat produk Shaklee dengan orang ramai.. Banyak lagi produk Shaklee yang bagus dan akan saya kongsikan di lain entry nanti ya..  Teruskan membaca ya.. Terima kasih..

Untuk maklumat lanjut, boleh msj/whatsapp saya 014 6874707 atau emel: fatimahjaafar86@gmail.com
SID: 1155852 COD Klang & Shah Alam. Post, seluruh Malaysia.
FB: Fatimah Jaafar
Page: Sihat Cantik Ceria




0 comments: