Thursday, 20 November 2014

KURUS DENGAN SIHAT, JANGAN KURUS DENGAN SAKIT

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ni Maa nak kongsi berkenaan kurus dengan sihat.

Kita lihat sekarang terlalu banyak produk untuk kuruskan badan di pasaran. Berbagai jenis seperti minuman, pil, krim sapu & macam2 lagi. Pelbagai jenama. Ada juga rawatan pelangsingan dengan menggunakan model2 yang memang cantik2 dan menarik. Harga juga berbeza2 & pastinya menelan kos yang agak tinggi. Setakat mana keberkesanannya wallahualam..

                                                             Gambar ihsan Google

Ada yang boleh yakinkan pengguna bahawa bila kita consume produk tersebut, kita akan cepat kurus. Ada yang seminggu dah ada kesan. Tapi tak terfikirkah kira bahawa jika sesuatu produk itu terlalu cepat memberi penurunan berat badan yang banyak dalam tempoh masa yang singkat, mungkin akan mudah juga berat badan kita naik semula nanti?

Ada juga orang yang mengamalkan diet mendadak. Maksudnya dengan tiba2 dia terus tak ambil makanan berat. Hanya makan dengan kuantiti yang sangat sedikit setiap hari. Ikat perut orang kata. Mungkin boleh kurus dengan cepat tetapi ia amat menyakitkan dan sangat menyusahkan diri. Sistem badan juga boleh terkejut dengan perubahan yang tiba2 dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi lain yang tidak disedari.

                                                             Gambar ihsan Google

Bagi Maa, biarlah kurus dengan perlahan-lahan asalkan nanti hasilnya memuaskan hati dan tidak menjejaskan sistem badan. Kurus secara sihat. Kawal pemakanan dengan sihat dan teratur. Tidak perlu terlalu mengikat perut. Berikut ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan berat badan:-

1. Minum air dengan secukupnya setiap hari.- Contohnya kalau berat kita 50 kg, kita kena minum sekurang kurangnya 2 liter air setiap hari. Bila kita minum air yang secukupnya, secara semulajadi ia akan mengurangkan selera makan kita. Cuba minum air sebelum makan makanan yang berat, pasti kita akan makan sedikit sahaja kerana sudah kenyang.

2.  Jangan skip sarapan pagi. - Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Ha, mesti pelik kan. Tapi, untuk makluman, sarapan pagi dapat menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah kita. Kadar metabolisma badan juga dapat ditingkatkan untuk membakar kalori.

3. Makan dengan perlahan lahan dan kunyah makanan hingga lumat di dalam mulut. - Ambil masa untuk menikmati makanan dengan makan secara perlahan tanpa gopoh. Bila kita makan secara perlahan lahan, kunyah hingga lumat, maka mudahlah makanan tersebut dihadam.

4. Ubah cara memasak makanan harian kita. Jika sebelum ini kita jenis yang suka makan makanan yang bergoreng, berlemak dan sebagainya, cuba ubah. Pastikan kita hanya masak makanan yang berkhasiat dan cara yang sebaik-baiknya adalah panggang, kukus atau rebus. Jika boleh, elakkan memasak atau makan makanan yang bergoreng dan berlemak.  Untuk sayur, kalau kita nak tumis, boleh, tapi kurangkan kuantiti minyak contohnya hanya sesudu kecil minyak masak. Boleh juga guna minyak zaitun yang tentunya lebih menyihatkan berbanding minyak masak yang kita selalu guna.

5. Elakkan mengambil minuman berkarbonat dan kurangkan pengambilan makanan segera seperti maggi, sosej dan berbagai lagi. Untuk kurus dengan sihat, banyak yang perlu kita korbankan. Tak apalah, berkorban untuk kebaikan. Makanan segera seperti Pizza, KFC dll bukan lah tak boleh makan langsung, cuma kurangkan. Maa ni pun paling suka makan KFC.. Aqil pun suka... Nak makan "So Good" katanya..hihi Tapi Maa kenalah berdisplin jika nak kurus. Sesekali makan oklah..

6. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. - Ni petua yang jarang orang buat. Minum kopi pahit dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini akan menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat ke otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan  enzim dan asid ini didalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

7. Banyakkan pengambilan buah buahan dan sayur sayuran dalam diet seharian. Ini penting kerana buah dan sayur mengandungi serat vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita. Pelbagaikan pilihan sayur dan buah agar tidak jemu.

8. Kurangkan pengambilan gula dan garam dalam makanan. Bukan lah kena makan yang tawar sahaja tetapi pandai2 lah mengawal jumlah pengambilan gula dan garam dalam diet harian kita.

9. Banyakkan aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam, berjalan kaki, menaiki tangga, menunggang basikal dan banyak lagi. Cari masa yang terluang untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

10. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ia membantu kita merasa kenyang dan mengawal selera makan kita. Jika terasa ingin makan snek atau makanan ringan, cepat2 berus gigi atau kunyahlah gula2 getah perasa mint yang berangin di dalam mulut. Ia boleh membantutkan selera makan kita. Lagi satu, semasa mahu mengambil makanan, pilihlah piring atau pinggan yang kecil dan rata supaya secara tak langsung dapat mengurangkan jumlah makanan yang diambil. Mulakan dengan mengambil sayuran terlebih dahulu, kemudian nasi dan terakhir lauk. Jika ingin tambah, pastikan hanya sayuran yang boleh diambil.

Sambil mengamalkan tips diatas, supplimen juga dapat membantu untuk turunkan berat badan dengan sihat. Pilihan Maa tentulah Set Turun Berat Badan Shaklee. Mabeles... Dibawah ni salah satunya cadangan set. Produk Shaklee ni ada banyak. Jadi, setiap orang keperluannya tak sama. Maa akan suggest produk yang bersesuaian dengan gaya hidup anda dan tentunya bajet anda. Jangan risau, pasti ada set yang sesuai untuk anda..



Paling penting, niatkan untuk sihatkan badan, bukan untuk kurus semata-mata. Fokus dan PASTI BERJAYA... Jom kita sama-sama sahut cabaran untuk kurus dengan sihat.












0 comments: