Tuesday, 11 November 2014

Program Santai Group Butterfly

Assalammualaikum semua ..

Rasanya dah nak berhabuk dah blog ni sbb mcm dh lama je xupdate.bukan xnak update tp mesti xsempat habis & tersimpan dalam draf je.huhu

Ok, kali ni Maa nak cerita tentang Program Santai Group Butterfly pd 1 Nov yang lalu. Seronok sangat kerana ni first time join program macam ni. Memang santai habis la..


Lokasi yang dipilih adalah Taman Jaya berhampiran Amcorp Mall. Oleh kerana potluck, bangun pagi2, bersiap2, husband bancuh air. Kami bawak air Teh Tarik n bahulu. Bahulu tu of course beli je.hihi dah siap semua dengan anak2, gerak la ke PJ. Mulanya tersalah padang.hahaha... Padah tak baca betul2 poster di atas, dengan confident nya g kat padang dpn Amcorp Mall tu. Rupanya Taman Jaya ni. Hihihi

Dah sampai tu, dah ramai juga yang dah ada. Tunggu beberapa orang lagi ahli group yang ontheway. Sambil2 tu, makan2 dulu kenyangkan perut sebelum bermulanya sesi bersama Mama Nurul. Leader Butterfly Group. Ada macam2 menu, sandwich, spagheti dan lain2 lagi..Sambil2 tu, anak2 seronok la bermain bola dengan kawan2.. Ayah Aqil la tu beria nak bawak bola walaupun itu sebenarnya bola pantai. Tapi, janji ada bola. Boleh main.hihi


Para suami pula semuanya sporting. Sambil menunggu para isteri menimba ilmu, sambil berkenalan dengan kawan2 baru, sambil2 awasi anak2 bermain.. Kawasan lapang. Bawah pokok. Memang heaven..


Tak lama sesi bermula, hujan mula turun. Apa lagi, kelam kabut selamatkan barang2 pindah ke tempat berbumbung. Mujurlah ada dan dekat saja. Pastu, sambung lagi.. Mula2 sesi perkenalan. Maklumla bukan semua pernah jumpa. Lepas tu Mama Nurul minta semua buat target masing2 atas kertas. Kemudian sharing2. Mama juga beri tips bagaimana nak usaha capai target tersebut. Banyak lagilah yang Mama Nurul kongsikan. Banyak sangat ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.  Ada juga sharing pengalaman daripada ahli kumpulan yang telah berjaya naik rank.  Memang menarik dan memberi inspirasi.. Kalau orang lain boleh, Maa pasti boleh!!


Dah tengah hari, Arif mula meragam nak tidur. Tapi sempat la bergambar dulu beramai2 dengan upline Maa juga iaitu yang tengah tu (gambar atas) Pn. Hamizawati aka Mommy Atie (gelaran dalam group Shaklee). Memang sporting n happening!



Penghujung skali, bergambar bersama semua yang hadir. Maa yang tudung coklat hujung skali tu.Suami Maa tiada dalam gambar ni sebab bawa Aqil pergi toilet. Kebetulan pulak, toilet jauh dari tempat kitorang bersantai tu.huhu

Apa2pun, memang seronok menimba ilmu baru & berharap akan dapat join program seperti ini dilain masa. Ikhlas dari saya, tak rugi jadi ahli Shaklee n aktif sebagai pengedar Shaklee. Manfaat untuk kesihatan diri & keluarga, jimat beli dengan harga ahli, menambah pendapatan dengan bonus Shaklee setiap tengah bulan (berdasarkan jumlah jualan) dan menjalin serta merapatkan ukhwah sesama kita. Semua dibawah Shaklee umpama sebuah keluarga besar yang saling membantu antara satu sama lain.

Berminat untuk jadi ahli Shaklee, hubungi Maa 014 6874707 (sms/whatsapp) @ emel: fatimahjaafar86@gmail.com atau boleh pm Maa di fb: Fatimah Jaafar. Jangan lepaskan peluang..




0 comments: