Tuesday, 2 December 2014

Aquaria KLCC 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Apa khabar? Maa doakan kita semua dalam keadaan sihat walafiat ya.. Aamiin..

Ok, Maa nak berkongsi cerita aktiviti Maa sekeluarga ahad lepas. Kami ke Aquaria KLCC..


 Memang dah plan lama nak pergi tempat ni tapi tertangguh2 saja. Tiketnya dah ada lama dah. Tapi asyik tertangguh dari Aqil belum cukup 3 tahun, ni dah cecah 3 tahun lebih.. Kanak2 3 tahun keatas perlu bayar tiket. Nak tak nak kena la tambah duit lagi untuk beli tiket Aqil RM 28. Tiket dewasa RM 38 bagi warganegara. Kalau pelancong, lebih mahal. 

Gerak dari rumah jam 9 pagi lebih kurang. Sampai sana jam 10 pagi. Jauh juga dari parking nak ke Aquaria ni. Tapi anak2 mmg seronok la.lepas bebas nak berjalan ke, berlari ke. Luas kawasan laluan tu disamping ada iklan2 besar kat dinding tu. Lupa nak ambil gambar.huhu

Aquaria ni buka jam 10.30 pagi. Beratur panjang nak ke kaunter pembayaran tiket tapi mujurlah banyak kaunter. Jadi, la tunggu lama sangat.. Ada sesi fotografi lagi sebelum nak ke kaunter dan sebelum nak masuk terowong tu. Tapi biasalah, mestilah mahal kan.. Mujurnya diorang taklah paksa kita untuk beli gambar tu. Terpulang pada kita..


Ikan pertama yang kami tengok, ikan piranna..terpegun budak2 ni tengok ikan dalam air dekat2. Sampai susah nak bergerak pergi tengok ikan yang lain. Jenuh pujuk.haha... Ikan piranna ni nampak baik je.kikiki tapi sangat berbahaya sebab boleh makan orang. Siap ada rangka lagi dalam tu. Nak tunjuk kalau kita jumpa ikan tu dalam laut, alamat tinggal rangka macam tu la. Ngeri!!!

Lepas tu kami masuk terowong pula. Inilah yang teruja sikit sbb tak pernah masuk kan. Nak tau, best sangat ke. Siap ada la ala2 escalator bagi yang malas nak berjalan kaki. Berdiri je sambil tengok ikan, nanti bergerak la sampai hujung. slow je geraknya. Jadi, puaslah dapat tengok ikan2.. Paling teruja tengok ikan jerung lalu lalang je kat tepi atas kepala kita..haha



Ni gambar husband Maa dengan ikan jerung..hihi dalam terowong ni tak boleh ambil gambar guna flash. Nanti takut mata ikan tu buta. Gitulah yg dimaklumkan oleh staff kat situ.. Tempat yang gelap, gelap. Ada juga tempat yang cerah..


Ikan buaya (kepala macam buaya, badan ikan)  dan  ikan jerung




Budak berani.


 Mcm nk peluk je ikan tu.hihi



ikan pari besar pun ada..macam2 jenis ikan.. Seronok menghabiskan masa bersama keluarga..

Oklah, nak selit juga nak bagitau, bulan Disember ni promosi berganda tau.. Vitamin C dan Vitamin E.. Dua2 vitamin ni banyak manfaat tetapi yang paling terkenal adalah dikenali sebagai "Vitamin Untuk Kecantikan.."


Hubungi Maa untuk maklumat lanjut dan konsultansi berterusan..

0146874707 msj/whatsapp/telegram/wechat  :)







0 comments: