Thursday, 25 December 2014

BANJIR 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Ya Allah tahun 2014 ini sekali lagi kita dilanda musibah iaitu banjir. Walaupun setiap tahun pasti ada banjir, tetapi tahun ini nampaknya banjir sangat teruk dan banyak kawasan yang terjejas.  Seperti yang kita tahu, sekarang ini di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dan di utara Perak dan Perlis mengalami banjir yang teruk.

Maa berasal dari Parit, Perak. Bila dapat tahu Parit mengalami banjir, risaunya hati ini. Telefon Mak di kampung, Alhamdulillah kawasan rumah Mak kawasan tinggi. In Sha Allah air tak naik. Kawasan bendang, air sudah banyak dan ada yang telah banjir. Sepanjang Maa membesar di Parit, belum pernah lagi banjir yang sebegitu teruk. Tapi tahun ini keadaan memang semakin rumit kerana air sungai Perak bila2 masa boleh naik lagi. Apatah lagi sekiranya air empangan terpaksa dilepaskan kerana sudah tidak dapat menampung air yang banyak,

Semoga hujan cepat berhenti dan air cepat surut. Tak dapat dibayangkan bagaimanalah perasaan mangsa2 banjir sekarang ini. Cukupkah makan, minum, anak2 kecik bagaimana. Warga emas bagaimana? Keperluan semua cukupkah? Nak balik Parit pun dah tak boleh sebab banyak jalan telah ditutup. Dapat mendoakan dari jauh sajalah.. Lagi satu, Maa terbayang, macam manalah anggota penyelamat, bomba, askar, nurse, doktor dan lain2 yang terpaksa meninggalkan keluarga demi tugas membantu orang ramai dan merawat pesakit. Bagaimana perasaan mereka? Sambil buat kerja, mungkin dalam hati juga sangat risaukan keselamatan ahli keluarga masing2. Tapi apa daya, demi tugas, pasti digagahkan juga. Ya Allah, pasti ada ganjaran pahala yang besar buat mereka nanti. Aamiin..

Tengok berita, post fb, whatsapp, Ya Allah, teruknya keadaan banjir. Air naik sangat cepat dan arus deras hingga mengakibatkan kematian.  Ada yang terlepas anak kecil dari pegangan.. Ya Allah, bagaimanalah perasaan ibu itu.. Dalam keadaan genting begitu. Besar ujian yang dia harus hadapi. Semoga Allah merahmati semua mangsa banjir dan melindungi daripada sebarang kecelakaan disebabkan banjir ini. Aamiin..

Marilah bersama-sama kita meluangkan masa berdoa agar banjir ini cepat surut dan keadaan kembali seperti sediakala. Bagi yang ingin menyumbang, boleh juga menyumbang seikhlas hati bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.


Ini antara inisiatif group Shaklee untuk membantu mangsa banjir. Banyak lagi saluran yang boleh kita hulurkan bantuan. Semoga ianya memberi manfaat kepada mangsa banjir. Jom sama2 kita membantu sedaya kita.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Aamiin...

0 comments: