Sunday, 11 January 2015

ALAMAK, MACAM MANA NI, ANAK SAYA SUKA MAKAN MAKANAN RINGAN!!!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi negeri2 yang tidak dilanda banjir. Aqil pun mula bertadika hari ini. huhu Memang mencabar kesabaran. Pagi-pagi bangun ok je. Tapi bila bagitahu kena pergi sekolah pagi ni, dia meragam pula kata tak mahu pergi sekolah. Nak pergi rumah Nenek Mala (Pengasuh). Maa n husband dah saling pandang memandang. Macam mana ni kalau betul2 dia tak nak pergi sekolah.. Pujuk2 juga. Lepas tu dia buat perangai pula tak mahu pakai baju uniform tadika. Jenuh pujuk. Taknak juga. Last2 ayahnya suruh pakai baju sukan. 





Kebetulan tadika tu memang ada dua baju, satu uniform, satu baju sukan. Yang tu dia nak la pakai. Nasiblah berlainan dari orang lain (Sepatutnya selang seli. Hari ni baju uniform, esok baju sukan). Esok tak tahu la nak pakai baju yang sama tadi(semoga sempat kering pagi esok, huhu) atau nak ke dia pakai uniform tu nanti. Aduhai la anak.. Macam2 ragam. Arif pula mesti pelik je kenapa abangnya tak da dengan dia kat rumah Pengasuh pagi ni. Tak apalah, lama2 nanti mesti dia biasa.


Hmm bercerita pasal ragam anak2 ni, Maa nak kongsikan tentang pemakanan anak2 kita zaman sekarang ini. Susahkan nak mengawal pemakanan anak2 kita yang sedang membesar ni. Rasanya ibu bapa lain pun alami perkara yang sama.  Bukan apa, sekarang kebanyakkan ibu bapa bekerja dan anak2 biasanya dihantar ke nursery/tadika atau rumah pengasuh. Jadi, sukar kita sebagai ibu bapa hendak pantau pemakanan anak. Jika dirumah, bolehlah kita aturkan sendiri makanan berkhasiat untuk anak2 kita. (Itupun jika anak mahu makan apa yang kita sediakan.) Sebab ada anak yang memilih makan, jenuh juga. Masaklah apa pun kalau dia tidak berkenan, memang tidak akan dimakanlah makanan tersebut. Aqil adalah jenis yang sebegitu. Kalau sebelum ini dia suka makan bihun goreng, belum tentu esok lusa dan seterusnya dia akan suka lagi. Susah nak agak apa yang dia berselera nak makan. Kalau tengah suka telur goreng, telur goreng la yang dimakannya. Nanti kalau dah tak suka, memang tak dimakannya biarpun ada terhidang didepan mata. Aqil juga jenis yang susah nak terima makanan yang tidak biasa dimakan. Kadang dia tengok je. Tak rasa pun lagi, dia dah kata tak nak. Tapi kalau kebetulan makanan yang kita sediakan tu menarik minat dia untuk makan, laju je dia makan. Siap cakap "Sedapnya...Pandai Mak masak. Terima kasih, Mak.." Aduhai, cair hati mak, nak.. :)


Mujurlah Arif tidak ikut perangai abangnya. Arif mudah makan apa saja walaupun bukanlah semua. Tapi tidaklah cerewet seperti Aqil. Tapi biasalah kan, makanan ringan yang kurang berkhasiatlah yang paling sedap bagi anak2 kita.  Bagilah apa2 makanan ringan, pasti tak tolak.  Sungguh mencabar untuk kita nak elak atau kurangkan anak makan makanan ringan ni tambahan pula kalau kita sendiri jenis yang suka makan makanan ringan tu. Ohh tidak... :( 


Bukanlah tidak boleh beri langsung makanan ringan. Boleh beri tapi dalam kuantiti yang terkawal.  Tapi itulah, kalau bersama dengan kita, bolehlah kita kawal. Tetapi jika bukan didepan mata kita, bagaimana kan. Jadi, bagaimana cara kita sebagai ibu bapa nak pastikan anak2 kita mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan yang sihat. Ha, perkenalkan... Taraa....






Vita-Lea for Children (Multivitamin).. Ia lengkap dengan 18 keperluan vitamin dan mineral seperti vitamin C, D dan E, kalsium, magnesium, zinc, dan pelbagai lagi.  Yang bestnya, vitamin ini mengunakan pemanis semulajadi dengan xylitol dimana ia tidak akan menyebabkan kaviti, tanpa gluten dan mempunyai rasa anggur yang sedapp!! Bukan anak2 je suka, mak ayah pun rasa nak tumpang sekaki..hihi


Bulan ini ada promosi BELI 3, PERCUMA 1.. Memang jimat dan berbaloi2.. Jom Whatsapp 0146874707 untuk maklumat lanjut dan harga istimewa.


Salam sayang,


Maa, Shaklee Independent Distributor Terbaik Anda...







0 comments: