Thursday, 29 January 2015

FAEDAH MENYUSU BAYI AGAR IBU BERSEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Harini Maa nak cerita tentang faedah susu ibu untuk bayi dan ibu yang menyusu bayi. Ok, faedah yang bayi akan dapat adalah seperti berikut:

Pertama, susu ibu dapat memberikan ketahanan badan yang kuat daripada sebarang penyakit.

Kedua, susu ibu mengandungi khasiat lengkap dan suhu yang sentiasa sesuai dengan keadaan semasa.

Ketiga, susu ibu dapat memudahkan penghadaman.

Keempat, susu ibu dapat membantu dalam proses pengembangan IQ yang tinggi.

Kelima, susu ibu juga dapat mengurangkan risiko alahan.

Keenam, ia dapat mengelakkan berlaku kekurangan zat makanan kerana susu ibu telah mengandungi semua khasiat.

Ketujuh, susu ibu dapat mengelakkan cirit birit yang senang terjadi kepada bayi yang menyusu susu botol melainkan ibu yang tidak menjaga makanan yang dimakan.  Jangan lupa, apa yang ibu makan, itulah yang akan bayi dapat melalui susu ibu.

Kelapan, susu ibu juga dapat mengurangkan masalah gigi berbanding bayi yang menyusu susu botol. Ini kerana susu ibu adalah semulajadi manakala susu formula mengandungi gula yang mana bila diambil dengan kerap menyebabkan gigi  bayi mudah rosak.

Kesembilan, susu ibu menggalakkan tumbesaran bayi yang lebih sihat.


Berikut adalah faedah  menyusu bayi untuk ibu pula iaitu:

1. Membantu pemulihan dan melangsingkan tubuh badan ibu dengan lebih cepat.

2. Mengecutkan rahim sekaligus mengurangkan pendarahan.

3. Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.

4. Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan serviks.

5. Menjimatkan masa dan wang.

6. Mudah dan cepat.

7. Penyusuan susu ibu sepenuhnya dapat membantu menjarakkan kelahiran.

Lihat, banyak bukan kebaikan susu ibu ini. Bukan hanya untuk bayi malah untuk ibu itu sendiri juga. Rugi bagi ibu yang tidak mahu menyusukan anak tanpa alasan yang kukuh. Bimbang pengeluaran susu semakin menurun? Klik Sini..    

Maa juga nak kongsikan pengalaman seorang ibu yang bertekad dan berjaya mengatasi halangan dalam meneruskan penyusuan susu ibu. Saksikan video ini
   


Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.

Maa sangat kagum dengan semangat ibu ini.. Mari ibu2, jom jadi seperti beliau. Berusaha bersungguh2 mencapai target untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun..

Hubungi 0146874707 untuk maklumat lanjut berkaitan set menyusu Shaklee..

0 comments: