Tuesday, 6 January 2015

IBU MENYUSU : BAGAIMANA SET HEBAT MENYUSU DAPAT MEMBANTU?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ini Maa nak cerita tentang satu set yang Maa namakan Set Hebat Menyusu..

Sebelum itu, untuk makluman bagi yang mungkin belum tahu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesyorkan para ibu untuk menyusukan bayinya secara ekslusif bagi tempoh 6 bulan pertama usia bayi untuk mencapai pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan yang sebaik-baiknya.  Makanan pejal hanya boleh diberikan setelah tempoh tersebut bila mana bayi telah menunjukan kesediaan menerima makanan. Namun begitu, adalah amat digalakkan supaya ibu meneruskan tempoh penyusuan sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun atau lebih.

Ok, Maa akan terangkan satu persatu berkenaan bagaimana Set Hebat Menyusu ini sangat HEBAT untuk membantu para ibu menyusu diluar sana.

Pertama:

                                                                 
Alfalfa Complex mengandungi sumber protein, kalsium serta mineral lain yang diperlukan oleh tubuh ibu untuk menghasilkan susu ibu. Alfalfa membantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim (disukai ramai..kih kih kih) Opss!! Sorry.. Jadi, ia akan menjadikan bayi cepat kenyang dan tidak meragam.  Alfalfa juga membantu melawaskan dan membuang angin dalam badan. Secara tidak langsung, risiko untuk bayi mengalami kembong perut adalah berkurangan. Cara pengambilan dan kuantiti adalah berbeza pada setiap ibu. Bergantung pada penerimaan badan dan juga bayi. Bagaimanapun, dengan nasihat pengambilan dan cara yang betul dapat membantu ibu mendapat hasil yang diingini.  Jangan tidak tahu, alfalfa juga bertindak seperti kacip fatimah tau. Yang ini memang Maa dah alami sendiri dan memang puas hati... :)

Kedua:


Energizing Soy Protein (ESP) adalah sumber protein yang hebat! Bukankah dalam komposisi utama dalam susu ibu adalah protein diikuti dengan kalsium serta vitamin dan zat galian lain.  Oleh itu semasa menyusukan bayi, keperluan protein jadi meningkat. Sekiranya ibu tidak mengambil makanan yang mengandungi protein dengan secukupnya, ia boleh menjejaskan penghasilan susu ibu.  Protein boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam dan bijirin serta kekacang.  Jika kita tidak yakin kita telah mendapatkan protein dengan secukupnya, pengambilan ESP adalah sangat2 membantu disamping ESP ini juga dapat memberikan tenaga kepada si ibu. (Plus boleh cantikkan kulit juga tau.. )

Ketiga:


Ostematrix mengandungi kalsium yang sangat penting bagi kita semua. Terdapat orang yang memandang remah tentang kepentingan kalsium kerana tidak tahu tentang manfaatnya. Hakikatnya kalsium ini sangat diperlukan bagi semua orang terutama ibu hamil dan menyusukan anak. Bagi kaum wanita lagilah sangate perlukan kalsium untuk menguatkan tulang kita. Bagi yang suka minum susu mungkin tiada masalah tetapi bagi yang tidak boleh atau tidak suka minum susu, boleh amalkan Ostematrix ini. Yang ni pun Maa suka sangat sebab sakit pinggang dan belakang selepas bersalin dah hilang sejak amalkan Ostematrix ini. Lawas pun lawas. Best!!

Keempat:



Vita-Lea Iron Formula merupakan Multivitamin yang sangat bagus untuk badan kita kerana ia memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Dengan pengambilan yang teratur, Vita-Lea dapat membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna. Bila ibu sihat, pastilah penghasilan susu ibu tidak terjejas dan dapat meningkatkan penghasilan susu ibu agar bayi kekal mendapat khasiat yang diperlukan dari si ibu.


Kelima:





B-Complex dengan Asid Folik bukan hanya sesuai untuk ibu hamil, tetapi juga untuk ibu menyusu. Vitamin B dapat membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, sebagai anti stress (penenang) dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Bagi yang bergelar ibu pasti tahu bagaimana rasanya menjaga bayi dan anak2. Disebalik rasa seronok dan bahagia bergelar ibu, pasti ada saat2 yang kita akan rasa sangat2 stress dan tertekan disebabkan banyak perkara contohnya tidak cukup tidur, letih, lewat makan dan macam2 lagi. Bila kita stress, secara tidak langsung penghasilan susu juga boleh menurun. Maa sendiri pernah alami semasa selepas bersalinkan Arif. Menjaga dua orang anak yang masih kecil, memang menuntut perasaan sabar yang amat tinggi. Tapi Maa masa tu memang kalah dengan perasaan. Stress je. Ditempat kerja stress, dirumah stress, padahnya produktiviti susu menurun mendadak. Bermacam cara dan produk Maa cuba, tetapi hasilnya tidak seberapa kerana disebabkan Maa masih stress tetapi tidak sedar, itu menjadi punca utama penghasilan susu badan menurun. Sekarang baru Maa tahu punca kenapa ia terjadi dulu.  Jadi, untuk anak yang akan datang, In Shaa Allah pasti Maa akan atasi perkara tersebut dengan bantuan B Complex ini. (Dulu Maa tak tahu. Hanya ambil set asas menyusu iaitu ESP dan Alfalfa). Paling best, vitamin B Complex juga dapat menjadikan wajah ibu cantik berseri dan tidak kusam. Haruslah kan, bila tidak stress, pasti keserian akan dapat dilihat diwajah si ibu..

Keenam:


Sustained Release Vita-C Plus yang mengandungi Vitamin C adalah sangat diperlukan oleh badan untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan sistem imun (antibodi) ibu. Secara tidak langsung, bayi juga akan dapat antibodi tersebut melalui susu ibu. Tips, sekiranya ibu atau bayi mengalami demam, tingkatkan pengambilan vitamin C ke dua biji sehari dan In shaa Allah cepat sembuh.  Bagi ibu yang menghadapi masalah puting payudara melecet, luka atau berdarah juga akan cepat sembuh. In Shaa Allah.. Ish, memang sakit kan kalau puting luka dan melecet tu sedangkan dalam masa yang sama bayi tetap perlu disusukan.. Pengorbanan seorang ibu.. :) Sakit2 pun kenalah tahan. Betul x? Ha, lagi best, Vitamin C juga dapat mencantikkan kulit tau kerana ia membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik. Waa.. Nak ambil set untuk menyusu, tetapi pakej dengan kesihatan badan dan kecantikan kulit.. Siapa Nak? Jom order sekarang 014-6874707 (Maa @ Fatimah) untuk khidmat nasihat percuma dan harga istimewa..


P/s: Info tambahan, pengambilan air yang secukupnya amat2lah digalakkan kerana badan kita memerlukan air yang secukupnya terutama bagi ibu yang menyusukan anak untuk penghasilan susu yang efektif. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan culas ya.... ;)

0 comments: