Saturday, 17 January 2015

MENU DIHUJUNG MINGGU...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Apa khabar? Harap semua baik2 sahaja.. Apa aktiviti hari ini? Maa sekeluarga tiada perancangan untuk kemana2 hari ini. Duduk rumah saja. Semalam dah sehari suntuk ke sana ke mari. Pagi ke majlis perjumpaan dengan ibu bapa yang dianjurkan oleh pihak tadika Aqil. Cikgu berkongsi tips keibubapaan disamping menerangkan jadual aktiviti anak2 di tadika. Memang bagus tadika ni. Nanti Maa buat review pasal tadika ni di lain entry, ok.. :)

Lepas tu balik rumah, masak untuk makan tengahari, tunggu suami balik kerja half day, pas anak kat suami, bergegas ke HQ Shaklee di Subang Jaya. Ada "Small Group Coaching" by Mama Nurul Chrysalis.

Lepas itu, pukul 5 gerak balik ke rumah, sampai2 makan dulu sebab tengahari tu tak sempat makan. Habis makan rehat sekejap dan bersiap2 untuk ke Bukit Jelutong pula. Ada function di rumah Bos Suami. Singgah Petronas untuk solat Maghrib, hujan lebat sangat masa tu. Sampai rumah Bos Suami tu, Alhamdulillah hujan dah reda. Balik malam tu sampai rumah pukul 10 lebih.. Huhu memang mengantuk habis..

So hari ini nak relaks sikit. Teringat ada pes nasi arab yang adik ipar bagi hari tu. Masak tu ajelah hari ini.


Pes Yemeni Mendhi namanya. Panggil nasi arab sajalah. Susah nak sebut..hehe

Senang dan mudah. Ikut je arahan pada paket luarnya. Yang penting, memang sedap. Aqil & Arif tak sabar2 nak makan nasinya.. Makan gitu je diorang. Dah tak perlu lauk dah.. Nak nasi je..Berselera.. Alhamdulillah..


Ada juga buat sambal tomato seperti resepi yang diberi tapi pedas betul..haha mungkin sebab terlebih cili. :D Ayam goreng tu pula air tangan En Suami.. Rajin hari ini dari ke kedai membeli ayam, balik rumah, cuci ayam sendiri n buat bahan perap sampailah goreng sendiri.. Sedap.. Dulu jarang sangat beliau nak memasak ni.. Alhamdulillah.. Semoga bertambah rajin lepas ni. Aamiin.. :)

Maka, timbullah idea dari En. Suami untuk buat menu nasi yang berbeza setiap hujung minggu memandangkan anak2 suka. Siap belek buku resepi lagi nak tengok resepi nasi.. Ada resepi nasi minyak, nasi tomato, nasi jagung, nasi lobak merah, nasi hujan panas, nasi daging dan macam2 lagi..

In Shaa Allah kalau jadi buat nanti, Maa kongsikan resepinya ya..

Ok, selamat berhujung minggu..

0 comments: