Thursday, 15 January 2015

PENGALAMAN BERSALIN ANAK SULUNG

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini Maa nak kongsikan tentang pengalaman bersalin anak sulung pada tahun 2011.  Maa dijangka bersalin pada 31 Ogos 2011. Iaitu hari kedua raya aidilfitri.  Dalam hati dok mencongak, sempat tak nak raya ni. Sempat tak nak makan lemang dan rendang ni. Rasa macam tak sempat je. Maklumlah anak sulung, tiada pengalaman. Boleh jadi bersalin lebih cepat atau mungkin lewat.  Untuk tak nak kempunan lemang dan rendang, ajak suami pergi pasar ramadhan di Andalas, Klang cari lemang dan rendang. Alhamdulillah jumpa dan dapat makan.:)

Yang seronoknya bulan puasa tu dapat puasa penuh sampailah hari turun tanda dah nak bersalin tu, barulah tidak dapat berpuasa. Seronok sangat sebab bukan selalu nk dapat puasa penuh tanpa "uzur" kan..huhu

Pagi 26 hb Ogos 2011 Maa dah turun tanda tapi tak sakit apa2. Siap pergi ikut suami dan MIL pergi pasar besar Klang beli barang.  Petang tu dah mula rasa sakit sikit2 tapi tak kerap. Relaks jela. Malamnya semakin sakit dan kerap. Tapi boleh tahan lagi. Tidur dulu. Dalam pukul berapa pagi tu, tak ingat dah, terasa sakit yang sangat kerap. Kurang 5 minit sekali kontraksi. Apalagi, cepat2 bangun bersiap2, tapi sempat bancuh milo dengan telur. Kacau2 minum laju2.. Erk...tapi tahan jela. Dapat petua dari pembacaan untuk mudahkan bersalin. Maa pun cuba la buat. Lepas tu, bergerak ke Hospital Bersalin Razif. Memang dah plan nak bersalin kat situ.


Hospital Bersalin Razif, Klang.

Sampai2 terus nurse tu buat persediaan masuk wad. Tak check apa pun. Maa pilih bilik single sebab kononnya nak privasi. Haha privasi la sangat.Yang sebenarnya penakut. Nak suruh suami temankan sekali. Kalau duduk wad yang share2, of course suami tak boleh tidur kat situ. :p  Untuk info, kalau nak bilik single, kena tambah RM200 tau dari pakej bersalin yang kita pilih.. Memang agak membazir tapi bila dah takut menguasai diri, apa pun tak fikir dah..haha

Lepas dah tukar baju semua, barulah nurse tu datang check bukaan. Masa tu baru 3-4 cm. So, relaks la dulu. Dipasangkan alat untuk dengar denyutan jantung baby tu. Sempat tidur juga la. Suami pun sama. Ada sebuah kerusi yang boleh dijadikan katil disediakan dalam bilik tu. Bila sampai waktu nak bersahur, suami turun bawah cari kedai mamak 24 jam yang berdekatan. Maa pun tumpang sekaki la "bersahur" sama.. :))

Selepas subuh, nurse datang semula, masukkan ubat untuk membuang segala yang ada diusus besar supaya memudahkan proses kelahiran anak nanti. huhu kejap je tak sampai beberapa minit, bergegas ke toilet. Lega.. kikiki Ada nurse yang perasan tegur Maa, "Birthday ya hari ini. Seronoknya sama tarikh dengan anak nanti.. " Tapi Maa tak berani menaruh harapan sebab belum tentu dapat bersalin pada hari itu jugakan. Tapi nurse tu dengan yakinnya kata, pasti hari ini juga lahirnya anak puan. Dalam hati "ye ye je nurse ni" huhu sedangkan dalam hati dup dap dup dap xdapat bayangkan apa yang akan terjadi seterusnya..

Selepas bersarapan roti & milo, Maa dibawa masuk ke bilik bersalin. Berdebar jangan cakap la. Sebenarnya Maa tak pernah masuk wad. Ini kali pertama. Sebab tu perasaan tu memang lain macamnya lebih sikit..hehe  Dalam bilik bersalin tu, Maa kena cucuk untuk masukkan tempat drip air. Sakit juga la bagi yang memang tak suka dicucuk ni.hihi

Tunggu punya tunggu,.. dah beberapa cm tu, doktor datang pecahkan ketuban. Tak lama lepas tu rasa sakit sangat2 dengan kerap. Jenuh la menahan. Suami pun tak tahu nak tolong macam mana sebab dia pun takut jugak. Muka memang cuak habis. Hehehe Nurse yang jaga wad bersalin tu datang tengok, kesian agaknya dia tawarkan untuk suntikan bagi kurangkan sakit. Maa dalam keadaan sakit sangat tu, iyakan saja. Tup tup rupanya suntikan tu buat Maa mengantuk yang amat sangat sampai nak buka mata pun payah. Masa nak kena teran tu, doktor dah marah2 sebab Maa pejam mata dan tidak fokus meneran. Sampai guna vakum untuk bantu pun masih tak boleh juga. Ya Allah, mengantuknya tak boleh nak cakap macam mana. Maa tak boleh nak control. Mata memang nak pejam aja. Susah sangat nak buka mata. Sampai nurse tu pun kata tak sangka kesannya teruk sangat dekat Maa. Selalunya orang lain tak pernah jadi macam Maa ni. Doktor siap ugut, kalau tak boleh juga bersalin normal, dia nak czer. Dengar je dia kata macam tu, Maa kuatkan semangat teran sampai berjaya. Alhamdulillah tepat jam 12.10 tengahari, Maa selamat lahirkan hero pertama kami iaitu Muhammad Aqil Hakimi seberat 2.85 kg..


Hari pertama Aqil lahir ke dunia... :)

Inilah hadiah harijadi yang paling istimewa dalam hidup Maa.. Alhamdulillah.. Lepas dah selesai semua, Maa dibawa ke bilik untuk berehat. Lepas tu Maa memang blur je kepala kesan suntikan yang belum habis. Sampai ke petang tu Maa masih terawang2 rasa. Mujur suami tak galakkan sesiapapun datang melawat kerana keadaan Maa yang macam tu. Dapatlah berehat dengan sepuasnya hingga kesannya hilang. Suami pula menguruskan penanaman uri. Esoknya 28 Ogos 2011, Maa dibenarkan keluar wad dan berpantang di rumah MIL. Kasihan MIL sefamili sebab tidak dapat balik kampung untuk beraya. Huhu Maa pula memang berkurung la dalam rumah. Sampai takbir raya pun tak dengar. Jadi tak rasa la suasana raya. Tapi tak apalah, yang penting, semuanya selamat. Begitulah sedikit perkongsian pengalaman bersalin anak sulung Maa..






Sambutan hari lahir ke 3 tahun lepas

                                 

First Day bertadika.. :)


Oklah, sampai bertemu lagi dalam entry berikutnya... Daa!!!

:)



0 comments: