Tuesday, 17 February 2015

APA YANG IBU MENYUSU PERLU TAHU MENGENAI DIET PEMAKANAN YANG SESUAI?


Semasa mengandung, para ibu pastinya ada yang mengamalkan pantang larang makanan tertentu seperti nenas, ikan pari dan berbagai lagi dengan pelbagai alasan dan sebab. 

Tetapi, mengapa ramai ibu tidak mahu meneruskan amalan tersebut semasa menyusukan bayi pula. Banyak makanan yang perlu dielakkan untuk ibu menyusu sebenarnya tetapi ada ibu yang tidak ambil kisah tentangnya hingga kadang kala seperti balas dendam kerana telah habis berpantang dan boleh makan apa sahaja yang diingini.

Tahukah ibu bahawa apa yang dimakan itu akan dapat kepada bayi melalui susu badan? Jika ibu makan makanan yang pedas, mungkin bayi boleh mengalami cirit birit. Atau jika ibu makan makanan yang berangin, risiko untuk bayi mengalami kembong perut adalah sangat tinggi.

Jadi, apa yang perlu ibu makan semasa masih dalam tempoh penyusuan bayi?

~ Ibu boleh mengambil bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ambil tahu tentang buah dan sayur yang tidak digalakkan bagi ibu menyusu seperti timun, keladi, betik, rebung, kangkung, bayam, nangka, cempedak, kacang panjang, tembikai, air kelapa, nasi sejuk dan banyak lagi.

~ Pilih snek yang berkhasiat seperti kekacang, yogurt, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng dan bersantan.

~ Makan makanan yang dapat memberikan banyak protein (seperti daging, telur dan tauhu), kalsium (susu dan kacang almond),  dan zat besi (kismis, ikan dan bijirin).

~ Elakkan memakan makanan ringan. Namun, jika sekali sekala bolehlah. Dengan kuantiti yang terhad.

~ Banyakkan minum air untuk mengekalkan produktiviti susu badan ibu. Lapan hingga 12 gelas air sehari adalah yang sebaik-baiknya. Selain minum air masak, ibu juga boleh minum jus buah buahan yang segar seperti epal, dan sayuran seperti lobak merah. Sedap.. Campurkan dengan susu. Yummy..

~ Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh.

~ Elakkan mengambil minuman berais.

~ Tidak merokok dan elak berada dikawasan yang ada perokok. Asap rokok sangat berbahaya kepada kita semua tambah2 lagi kepada anak2 kita. 

~ Ibu digalakkan mengambil vitamin tambahan semasa hamil, berpantang dan menyusu kerana ia amat penting untuk memastikan badan ibu dan bayi mendapat khasiat yang secukupnya selain dari mengambil pemakanan yang sihat. Semua ibu mahu kesihatan yang baik buat diri ibu sendiri dan juga bayi kan.

Bagaimana ibu tahu adakah anak/bayi sensitif atau alah kepada sesuatu yang ibu makan atau minum? Ibu perlu melihat tanda-tanda ketidakselesaan yang ditunjukkan oleh bayi/anak seperti menjadi resah selepas menyusu, menangis yang tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi/anak alah kepada sesuatu makanan, ibu boleh lihat kesan reaksi pada kulitnya jadi seperti ruam atau gatal-gatal, pernafasannya berbunyi berdehit atau kesesakan nafas, atau najisnya berwarna hijau atau bermukus. Jika ada tanda2 tersebut, ibu harus segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Jangan biarkan tunggu lama.

Perkongsian video pengalaman menarik seorang ibu bekerja yang berusaha menyusukan anaknya. Saksikan..







Semoga bermanfaat..




0 comments: