Monday, 16 February 2015

IBU HAMIL ALAMI ANEMIA HINGGA MASUK WAD


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sayangmak.com yang dikasihi..



Anemia? Apa itu anemia? Merujuk kepada Wikipedia, perkataan anemia berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud tiada darah iaitu merujuk kepada kekurangan sel darah merah atau dipanggil hemoglobin. Ia akan menyebabkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu badan berkurang.  Hemoglobin ini amat penting kerana ia dapat memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Seorang itu berisiko untuk meghidapi anemia sekiranya kekurangan zat besi dalam badan. Zat besi juga berkemungkinan telah sedia berkurangan dalam badan ibu, ditambah dengan kehamilan, menjadikan risiko ibu hamil menjadi lebih besar untuk menghidap anemia. Hal ini mungkin disebabkan jarak antara kehamilan terdahulu dan kini sangat rapat atau darah haid ibu keluar sangat banyak sebelum ibu hamil.  Bagi ibu yang hamil anak kembar atau menghidap talasemia juga berisiko tinggi untuk mengalami anemia.

Antara komplikasi yang mungkin dihadapi oleh ibu hamil yang mengalami anemia dan bayi dalam kandungan adalah seperti berisiko bersalin awal dan melahirkan bayi pra matang, meningkatkan risiko ibu untuk mengalami pra eklampsia (peningkatan tekanan darah ketika hamil), lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin serta bayi mungkin tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan bayi boleh menjadi terbantut.

Bagaimana ibu hamil tahu bahawa ibu menghidap anemia? Selalunya ia ditandai dengan tanda biasa yang dihadapi oleh ibu hamil yang lain walaupun tidak mengalami anemia iaitu keletihan dan sesak nafas. Namun begitu, sekiranya ibu mengalami sakit kepala, telinga berdengung, jantung berdebar-debar, mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa serta kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat, ibu harus segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Saya ingin kongsikan satu video yang memaparkan perkongsian pengalaman seorang ibu yang menghidapi anemia semasa hamil sehingga masuk wad namun enggan makan supplemen yang dicadangkan. Sehingga akhirnya beliau nekad mencuba juga dan Alhamdulillah berkesan. Ikuti video dibawah ini.



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Untuk maklumat lanjut berkaitan supplimen shaklee yang dicadangkan untuk ibu hamil yang mengalami anemia, sila hubungi saya di talian 014-6874707 (sms/whatsapp/telegram) atau emelkan ke fatimahjaafar86@gmail.com. Konsultansi terbaik menanti anda.

Semoga bermanfaat.. :)

0 comments: