Wednesday, 4 February 2015

7 LANGKAH BERJAYA DALAM PENYUSUAN SUSU IBU AGAR TIDAK TERHENTI SEKERAT JALAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog sayangmak.com yang dikasihi... 


Hari ini saya nak kongsikan tentang 7 langkah berjaya dalam penyusuan susu ibu. Jom baca..




1. Kumpul maklumat sebanyak mungkin.


Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, ibu tersebut perlulah mempunyai ilmu yang cukup tentang penyusuan susu ibu. Oleh itu, dapatkan sebanyak mungkin info tentang hal tersebut iaitu dengan cara membaca buku @ majalah berkaitan penyusuan susu ibu, melayari internet dan perkongsian pengalaman daripada ahli keluarga mahupun kawan-kawan.  Bakal ibu bapa juga boleh memilih untuk menghadiri kelas antenatal yang ada ditawarkan oleh sesetengah hospital. Dalam kelas ini, ibu bapa akan didedahkan dengan info berkaitan proses kehamilan, kelahiran dan selepas kelahiran termasuk penyusuan susu badan.


2. Pilih “Hospital Rakan Bayi”.

Kebanyakkan ibu bapa sudah menetapkan hospital bersalin sejak awal kehamilan lagi. Jika ibu bapa sudah bertekad mahu menyusukan bayi secara eksklusif, ibu bapa tersebut perlu memilih Hospital Rakan Bayi.  Apa bezanya hospital tersebut berbanding hospital lain? Hospital Rakan Bayi merupakan hospital yang sangat menyokong penyusuan susu ibu dan bayi yang dilahirkan di hospital tersebut tidak akan sewenang2nya diberikan susu formula semasa dalam penjagaan di nursery. Hal ini biasa berlaku di hospital swasta yang mana selalunya bayi yang telah dilahirkan ditempatkan di nursery terlebih dahulu dan lewat diberikan kepada ibu untuk disusukan. Biasanya apabila bayi menangis kelaparan, susu formula lah yang akan mereka berikan tanpa pengetahuan ibu pun. Untuk maklumat lanjut tentang Hospital Rakan Bayi, sila klik di sini.


3. Tanamkan Tekad untuk berjaya dalam penyusuan.

Ibu yang mahu menyusukan bayi secara eksklusif perlu menguatkan mental dan fizikalnya sebagai persiapan untuk merealisasikan impian tersebut. Hal ini kerana, dengan tekad dan semangat yang tinggi sahaja yang mampu menghadapi cabaran dalam tempoh penyusuan susu ibu.  Ibu perlu sentiasa yakin dan optimis bahawa beliau boleh berjaya dalam penyusuan susu ibu.



4. Dapatkan pakaian yang sesuai untuk ibu menyusu.

Lihat di pasaran sekarang ini terdapat banyak sekali pilihan pakaian ibu menyusu atau “Nursing Wear”. Pelbagai fesyen, jenis kain dan warna yang menarik. Dan yang pastinya sangat memudahkan ibu untuk menyusukan anak biarpun di khalayak ramai tanpa rasa segan dan malu. Antaranya di Mumsluv, Aqeela Muslimah Wear dan banyak lagi.


5. Lengkapkan aksesori penyusuan.

Ini adalah salah satu kunci utama kejayaan penyusuan susu ibu terutama bagi ibu yang berkerjaya.  Aksesori yang dimaksudkan adalah seperti pam payudara, beg dan bekas penyimpanan susu ibu serta pelbagai lagi. Aksesori yang tepat dan lengkap sangat membantu ibu mengumpulkan stok susu yang mencukupi buat bayi semasa bekerja. Ibu harus pandai mencari masa yang sesuai dan teratur untuk mengepam susu di pejabat.


6. Elakkan stress.

Stress adalah sangat-sangat tidak bagus bagi ibu yang menyusukan bayi kerana ia boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Tak percaya? Benar. Apabila ibu stress, ibu tidak dapat fokus semasa mengepam susu @ menyusu bayi. Secara tidak langsung, produktiviti susu ibu boleh merudum jika stress tidak dikawal dan sekiranya berterusan boleh menjejaskan penyusuan bayi.


7. Sokongan dari orang sekeliling.

Perkara ini adalah sangat penting bagi ibu yang menyusukan anak.  Dengan sokongan dan galakan dari orang di sekeliling terutama suami, ibu akan lebih bersemangat untuk meneruskan penyusuan. Apabila ibu menghadapi masalah penyusuan, dorongan dan semangat tersebut dapat menjadikan ibu kuat dan tidak berasa keseorangan dalam menangani perkara tersebut.

Apa-apa pun ibu janganlah terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu tidak mencukupi untuk bayi. Ingatlah, jika kita berupaya melahirkan bayi ke dunia ini, kita pasti mampu memberikannya susu yang paling terbaik iaitu susu ibu. Ibu jangan bimbang sekiranya bayi kerap membuang air besar kerana ia adalah perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Adakala juga bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa. Oleh itu, ibu tidak perlu bimbang tentang hal ini.

Saya nak kongsikan tentang pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah penyusuan dan telah berjaya mengatasinya. Malah, beliau telah mendapat idea untuk menjana pendapatan tambahan pula.. Mari sama2 kita tonton video ini. Memang menarik..


Dia ada masalah, namun akhirnya masalah selesai, dapat buat duit pula from iReach HD on Vimeo.


Nak tahu apa dia Set Menyusu Shaklee, Klik Sini.

Semoga tips dan panduan di atas dapat membantu para ibu untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Sesungguhnya kita perlu berusaha dan kemudian barulah bertawakal kepada Allah SWT.

Moga bermanfaat.. :)

2 comments:

Suhaila Su AnNajah said...

Kita dapat apa yang kita mahu. Kalau ibu ada keinginan yang kuat untuk susukan bayi dengan susu ibu, insyaallah semua masalah boleh diselesaikan. kan? TQ for the tips ;)

Fatimah Jaafar said...

Betul puan.. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. :)