Tuesday, 24 February 2015

MEMANCING IKAN DI KAMPUNG HALAMAN..

Assalammualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ini saya mula bekerja setelah bercuti sempena Tahun Baru Cina. Saya sekeluarga balik kampung di Parit, Perak. Seronok dapat berjumpa Mak Abah, Nenek, Saudara Mara, Sahabat.. Paling seronok tentulah husband sebab first time dapat mancing kat parit ban di kawasan sawah padi.. Kebetulan hobi beliau adalah memancing. Tapi sebelum ni tak pernah bawa pancing balik kampung.

Saya dulu masa zaman remaja ( terasa dah tua sangat..huhu ) rajin juga memancing. Dapat ikan haruan @ bocat, keli, puyu dan macam2 lagi. Seronok sangat & rasanya memang sangat sedap & manis sebab ikan fresh kan. Goreng, buat masak sambal, mabeles weh.. Makan confirm bertambah punyalah..

Anak2 saya Aqil & Arif memang teruja sangat. Pengalaman baru.. Sebelum ni Aqil dok bising2 nak ikut ayah g mancing. Kali ni dapat ikut, mancing skali, memang seronok sangat2 la. Ayahnya cerita semalam masa hantar Aqil ke tadika, sampai2 je terus cerita kat cikgu yang dia pergi memancing tu. Excited nak share cerita..hihi


                                                                   

                                               





Umpan guna cacing yang dicari di belakang rumah Mak. Mula2 tengok husband bubuh umpan cacing tu sikit2 je.. Nak jimat kot. Kikiki Tapi ikan kan cerdik, blh nampak bentuk mata kail tu. Lepas tu minta husband bubuh banyak sikit cacing tu bagi jadi seketol gitu. Takla nampak macam mata kail kan..



Pagi hari pertama mancing tu, dapat seekor ikan je. Itupun ikan selat @ belida. Esok paginya husband pergi mancing lagi. Pergi sorang tak mau anak kacau. Haha iyelah, macam mana nak nak fokus mancing kalau anak pun nak pegang sama pancing tu. Haha

Pukul 1 baru balik rumah. Punyalah lama. Nasib dapat banyak juga ikan. Tapi lupa nak snap pic. Balik2 terus siang ikan tu. Makan malam dengan lauk ikan darat. Sedap...

Hari ahad pagi, bertolak balik ke Klang. Nasib baik tak jem sangat. Ikut jalan Sabak Bernam. Tapi masa hari balik ke kampung pada 19 haribulan tu memang jalan jem. Duduk dalam kereta punyalah lama rasa. Huhu penatkan travel ni walaupun bukan kita yang bawa kenderaan.

Saksikan video dibawah tentang pengalaman seorang wanita tentang bagaimana beliau lebih cergas & bertenaga biarpun selalu travel.



Minah Ni Cepat Penat & Pancit Kalau Balik Travel. Nasib Baik... from iReach HD on Vimeo.


Mahu tahu tentang set tambah tenaga Shaklee, hubungi saya ditalian 014 6874707 (sms/whatsapp/telegram). Konsultansi terbaik menanti anda..

:)

0 comments: