Tuesday, 3 March 2015

10 PETUA SEMULAJADI MENAMBAHKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blogsayangmak.com yang dikasihi..

Bagi ibu yang menyusukan anak pasti ingin tahu bagaimana petua dan cara untuk menambah susu badan agar anak kenyang menyusu. Berikut saya nak kongsi tentang 10 petua semulajadi menambahkan penghasilan susu ibu yang boleh dicuba.

1. LOBAK PUTIH


Lobak putih dikikis  untuk buang kulitdan diparut. Kemudian campurkan dengan segelas air panas dan dibiarkan sehingga suam. Minum dua kali sehari. Selain itu, lobak putih juga boleh dijadikan sup sayur dan dimakan dengan nasi putih. MIL saya dulu campurkan lobak putih dengan ikan kerisi untuk dijadikan sup. Rasa kelat-kelat sikit. Tapi demi anak, telankan saja.  Memang berkesan untuk menambah susu badan.

2. OAT


Oat memang telah terkenal untuk membantu mengurangkan kolestrol. Namun begitu, oat juga boleh membantu menambahkan susu badan. Caranya ibu boleh ambil oat sebagai sarapan pagi setiap hari. Campurkan dengan buah buahan segar, susu atau madu untuk memberi rasa yang enak. Boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat.

3. KACANG SOYA



Terdapat banyak jenama soya dipasaran sekarang ini namun kebanyakkannya mengandungi bahan pengawet. Untuk hasil terbaik, lebih baik sekiranya ibu boleh membuat air soya sendiri agar mendapat khasiat yang sepenuhnya dan bebas pengawet. Namun jika tidak berkesempatan, ibu boleh dapatkan soya organik yang terjual dipasaran dan juga boleh cuba Energizing Soy Protein untuk soya yang non-GMO.

4. BARLI


Barli memang enak dijadikan minuman penyejuk badan. Selain itu, ia juga dapat membantu ibu menambah kuantiti penghasilan susu. Rebuskan barli sehingga kembang dan kemudian sedia diminum panas atau suam.

5. HALBA


Halba selalunya digunakan dalam masakan kari. Namun untuk mendapatkan khasiat halba ini, ibu boleh merendam halba di dalam air panas selama lebih kurang 15 minit sebelum meminumnya atau boleh juga menelan terus halba tersebut setelah dicuci bersih. Saya amalkan juga halba ini semasa menyusukan anak sebelum ini biarpun tidak suka dengan baunya.

6. JINTAN


Jintan ada dua jenis. Jintan putih dan jintan manis. Ia berkesan membantu bagi sesetengah ibu menambah kuantiti penghasilan susu. Caranya, tambahkan jintan dalam menu harian ibu. Mudahkan. 

7. KURMA


Kurma merupakan makanan sunnah dan terbukti banyak khasiatnya. Antaranya adalah sebagai penambah kandungan susu ibu. Kurma mengandungi zat besi dan kalsium yang amat penting untuk ibu dan bayi. Makan kurma setiap hari untuk mendapatkan nutriennya. Jika lebih rajin, kisarkan untuk dijadikan jus. Sedap.

8. BETIK MUDA


Kebanyakkan orang tua dulu-dulu mengesyorkan ibu menyusu untuk makan lebih banyak betik muda dalam menu seharian agar menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya betik muda dimasak sup dan dimakan bersama nasi. 

9. JANTUNG PISANG


Ibu menyusu digalakkan memakan jantung pisang untuk menambah susu ibu. Jantung pisang boleh dicelur dan dimakan dengan sambal belacan atau dijadikan kerabu. Sedap dan berkhasiat. Selalunya saya akan pergi ke kedai yang menjual nasi padang sebab selalunya mesti ada jantung pisang yang dibuat kerabu ataupun masak lemak. Nak buat sendiri pun boleh tapi biasalahkan. Kalau hari bekerja, waktu makan tengahari, beli sahaja yang sudah siap dimasak. Asalkan dapat khasiatnya kan.

10. LONGAN KERING


Longan kering boleh didapati di kedai ubat cina atau “singseh”. Rebus longan kering dengan air dan biarkan hingga kembang. Minum air rebusan tersebut setiap hari. Insya Allah dapat membantu menambahkan susu ibu. Rasa air ni manis-manis buah. Sedap.

Namun begitu, ibu haruslah menitik beratkan aspek pemakanan seharian demi menjayakan penyusuan susu ibu. Jangan makan sebarangan dan berdisiplin dengan menu harian yang dapat menambah susu badan. Berkorbanlah sedikit untuk mengurangkan nafsu makan dengan hanya memakan makanan yang berkhasiat sahaja demi simanja tersayang. Ibu perlu juga rajin mengepam susu jika bekerja atau berjauhan dengan bayi dan beri penyusuan terus sekiranya bersama bayi untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu.Susu ibu merupakan susu terbaik, tiada susu formula yang mampu menandinginya. Berikan anak yang terbaik..

2 comments:

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

Fatimah Jaafar said...

Terima kasih, Dr.