Thursday, 5 March 2015

5 CARA ATASI MASALAH BENGKAK SUSU

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sayangmak.com yang dikasihi..


Topik hari ini adalah 5 tips atasi masalah bengkak susu. Apa yang dikatakan sebagai bengkak susu  adalah payudara ibu yang mengeras, sakit, berdenyut, terasa penuh dan tidak selesa.  Keadaan ini selalu dialami oleh ibu yang baru lepas bersalin. Jika terlalu teruk, bengkak tersebut boleh terjadi hingga ke bawah ketiak dan boleh menyebabkan demam.  

Dalam minggu pertama selepas bersalin, produktiviti susu ibu sangat aktif dan sekiranya ibu kurang menyusukan bayi atau tidak tahu cara yang betul untuk menyusu bayi, bengkak susu akan berlaku. Apakah ibu patut berasa risau? Tidak, keadaan ini hanya sementara dan boleh diatasi dengan mencuba tips berikut:


1. Susukan bayi dengan sekerap yang mungkin (selang dua ke tiga jam). 

Jika bayi tidur, kejutkan bayi agar menyusu. Susukan bayi dengan sebelah payudara hingga kenyang. Penyusuan berikutnya, berikan yang sebelah lagi. Berselang seli supaya kedua-dua payudara tidak penuh dan seimbang.

2. Urut payudara semasa menyusukan bayi.

Urut dengan perlahan-lahan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Ia dapat membantu melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak. Ada juga petua mengunakan sikat (sikat rambut).. Sikat perlahan-lahan dari atas ke arah puting payudara. Buat berulang kali. Ia dipercayai dapat melegakan bengkak payudara.

3. Tuam dengan air panas.

Gunakan tuala yang direndam dengan air panas dan tuamkan pada payudara yang bengkak. Air panas dapat meransang pengeluaran susu. Ibu juga boleh mandi dengan air suam untuk meredakan bengkak.

4. Pakai coli yang sesuai untuk ibu menyusu.

Pemakaian coli yang dikhaskan untuk ibu menyusu amat membantu untuk menyokong payudara yang berat menampung susu.

5. Pam payudara secepat mungkin

Tidak perlu tunggu hingga ia mula membengkak baru hendak pam kerana ia akan menyakitkan payudara ibu.  Sambil itu, ibu sudah mula boleh mengumpul stok susu semaksimum mungkin. Sebaiknya, sediakan satu jadual khusus untuk sesi pengepaman. Pastikan ikut jadual tersebut dengan konsisten.

Namun begitu, jika terasa sangat sakit, segeralah berjumpa doktor. Jangan dibiarkan terlalu lama. Kerana ada kes ibu yang perlu dibedah untuk mengeluarkan susu yang berbaki di dalam payudara yang bengkak. Ngeri kan.. Jadi, sama-samalah kita kongsikan pengetahuan kita demi membantu ibu-ibu lain yang mungkin tidak @ kurang tahu tentang perkara ini.


Semoga bermanfaat..


p/s: Mahu tahu tentang Set Hebat Menyusu, klik sini...


0 comments: