Monday, 2 March 2015

REVIEW FILEM KINGSMAN THE SECRET SERVICE: RUGI KALAU TAK TENGOK.. BEST!!!


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

23 Februari 2015 saya suami berpeluang berdating berdua setelah sekian lama. Haha Iyelah, dah ada anak kan. Fokus anak la. Berjalan-jalan pun mesti bawa anak. Suami saya memang "dipaksa cuti" hari isnin tu (sebab company milik cina), saya pun rasa penat selepas balik dari kampung, jadi saya cuti juga. Siapkan kerja-kerja rumah, settle semua, terus bersiap nak keluar. Aqil bersekolah tadika, manakala Arif telah dihantar ke rumah pengasuh seperti biasa.  Dah lama plan nak berdating nih, tapi secara kebetulan, baru hari itulah berkesempatan. Tanpa buang masa, saya ajak suami menonton wayang. Last tengok wayang masa sedang mengandungkan Aqil lebih kurang 3 tahun yang lalu. Huhu lama jugak kan.


Kami pilih untuk menonton wayang di TGV, AEON Bukit Tinggi, Klang.  Sampai2 je, tengok ramai sangat orang beratur terutama orang cina. Mungkin masih cuti raya kot. Huhu sambil beratur baru decide nak tengok cerita mana. Last2 pilih cerita Kingsman The Secret Service. Tengok poster macam best je. Rupanya memang best pun. 






Cerita ni ada elemen komedi, ganas dan kejam serta ada nilai kasih sayang keluarga dan sahabat.  Filem arahan Matthew Vaughn ini dibintangi oleh: 

Colin Firth





Taron Egerton






Samuel L. Jackson





Sofia Boutella





Sophie Cookson




Filem ini mengisahkan sekumpulan perisik rahsia yang mengelarkan diri mereka sebagai Kingsman yang merantau ke seluruh dunia untuk mematahkan setiap gerakan musuh. Namun semasa menjalankan misi di Timur Tengah, Harry Hart (Colin Firth) gagal melaksanakan tugas dengan baik hingga mengorbankan nyawa anak didiknya. Harry telah berjumpa dengan keluarga anak didiknya itu dan menyerahkan sebuah medal yang mengandungi nombor telefon untuk meminta pertolongan sekiranya memerlukan sebagai cara untuk membalas jasa.

Setelah 17 tahun, Eggsy (Taron Egerton), iaitu anak kepada anak didik Harry telah membesar sebagai seorang remaja yang nakal dan tidak mempunyai pekerjaan. Pada suatu hari, Eggsy telah ditahan polis kerana melakukan kesalahan. Eggsy cuba meminta pertolongan dengan menghubungi nombor telefon yang ada di medal tersebut. Hasilnya Eggsy bebas daripada tahanan polis dengan pertolongan Harry. Kemudiannya Harry menawarkan Eggsy untuk menyertai Kingsman namun perlu menjalani beberapa tahap latihan dan ujian bersama calon2 lain.


Sementara itu, manusia di dunia mengalami ancaman masalah apabila seorang lelaki yang berpengaruh lakonan Samuel L Jackson mula menggunakan teknologi seperti simkad telefon untuk mengawal tingkah laku manusia. Apabila isyarat daripada satelit diaktifkan, manusia akan bertindak ganas sesama sendiri. Memang ganas betul lah.


Nak tahu apa kesudahannya, adakah Eggsy dapat mengikut jejak mendiang bapanya sebagai Kingsman dan dapatkah Harry menangani jenayah yang sedang berlaku itu? Saksikan dipawagam berhampiran anda sekarang. Memang best dan rugi tak tengok. Dari 10 bintang, saya bagi 9 bintang.. 



0 comments: