Wednesday, 1 April 2015

3 CARA MUDAH KURANGKAN BENGKAK SUSU YANG AMAT MENYEKSAKAN IBU


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sayangmak.com yang dikasihi..

Pernahkah anda mengalami bengkak susu terutama semasa dalam pantang? Kalau pernah, mesti tahu macam mana seksanya. Sakit sangat sebab payudara akan membengkak dan terasa sangat keras hingga boleh menyebabkan ibu mengalami demam. Masa ini kalau susukan bayi, rasa terseksa sangat. Jika diurut pula, lagilah rasa sakitnya. Namun, bengkak susu tidak boleh dibiarkan. Para ibu perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut. Berikut ada 3 cara mudah untuk membantu mengurangkan bengkak susu.

1. Daun Kubis




Ambil daun kubis, dan tekupkan pada payudara yang membengkak itu. Daun kubis ini bagus kerana ia sejuk. Namun begitu, cara ini tidak boleh dibuat dengan kerap kerana ia boleh menyebabkan susu ibu menjadi kurang.


2. Cuka Makan




Ambil cuka dan tuangkan ke dalam mangkuk. Ambil kapas, celup dan sapukan pada sekeliling payudara. Jangan biarkan terkena puting. Sapukan setiap kali bengkak hingga ia sembuh.


3. Daun Sirih & Minyak Zaitun






Ambil daun sirih, sapukan dengan minyak zaitun. Kemudian, layurkan pada permukaan panas seperti api lilin atau api dapur. Ada juga yang menggunakan cerek panas. Apabila daun tersebut suam2 panas, tekupkan pada payudara yang membengkak. In Shaa Allah sangat membantu mengurangkan bengkak dan melancarkan pengeluaran susu badan

Cubalah.. Semoga bermanfaat..


0 comments: