Saturday, 18 April 2015

TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS YANG SERING TERJADI KEPADA IBU HAMIL

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog sayangmak.com yang dikasihi..

Bagi ibu yang pertama kali hamil, pasti sangat teruja bakal menimang cahayamata sendiri kan. Namun begitu, ada juga ibu yang tidak bersedia untuk menghadapi proses hamil tersebut mungkin kerana kurang membaca, tidak bertanya dengan rakan sekeliling mahupun ahli keluarga terdekat. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami situasi yang dinamakan "Morning Sickness". Morning Sickness adalah rasa mual dan muntah yang biasa terjadi pada trimester awal kehamilan (3 bulan pertama). 

Ada yang mengalaminya dengan teruk sekali sehingga lesu tidak boleh buat apa dan ada yang hanya terjadi sekejap-sekejap sahaja contohnya waktu pagi sahaja atau petang.  Pengalaman saya hamil anak pertama, kerap muntah terutama pada waktu petang hingga malam. Perut lapar sangat-sangat tetapi saya tidak boleh makan. Kalau makan, mesti muntah. Sampai satu ketika, saya hanya mampu menatap makanan didepan mata hingga menangis sayu sambil menekan perut yang lapar.. Huhuhu.. Cabaran awal bergelar ibu hamil. Mujurlah alahan yang saya alami tidak lama. Ada ibu yang mengalami morning sickness atau alahan ini sehingga kandungan membesar dan ada juga yang mengalaminya sepanjang kehamilan. Memang perlu kuat semangat untuk bergelar ibu ini.

Berikut saya nak kongsikan antara cara ataupun tips mengatasi morning sickness yang boleh dicuba oleh ibu hamil yang mengalami morning sickness.

¤ Hindari makanan yang berminyak, berlemak dan pedas. Makanan jenis ini akan menambahkan lagi rasa mual ibu hamil.

¤ Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

¤ Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi rasa mual.

¤ Minum air dengan secukupnya terutama sekiranya muntah-muntah berterusan agar badan tidak terhidrasi. Minum air masak ataupun sebarang jus. Elak minuman berkafein seperti teh dan kopi juga minuman berkarbonat.

¤ Banyakkan berehat dan bertenang.. Elakkan stess. Fikir perkara positif sahaja.

Semoga bermanfaat..

0 comments: