Monday, 20 April 2015

ZURIAT OH ZURIAT...PENYERI DALAM SETIAP RUMAHTANGGA...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog sayangmak.com yang dikasihi..



Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang mahu cepat, ada yang melewatkan dan ada juga yang tidak kisah. Namun begitu, saya tahu bagaimana perasaan sekiranya setelah beberapa tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan zuriat sendiri. Ia memang akan memberi kesan juga kepada perhubungan suami isteri serta keluarga.

 Seperti yang kita lihat sekarang, terdapat suami yang memberi alasan untuk berkahwin lain kerana mahukan anak sendiri dan beranggapan bahawa isterinya yang sedia ada tidak dapat memberikannya zuriat sedangkan usia perkahwinan belum pun mencapai 5 tahun. Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan selain daripada mengambil jalan sebegitu. Bagaimanalah perasaan isteri tersebut? Dengan pertanyaan orang sekeliling lagi. Memang kalau berjumpa dengan orang yang agak lama tidak berjumpa, soalannya pasti berkisar tentang anak. Nak buat macam mana kan. Mungkin telah terbiasa begitu. Jika diikutkan memang boleh jadi tekanan.

Berikut saya nak kongsikan beberapa perkara yang perlu diaplikasikan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat hasil dari pembacaan dari pelbagai sumber seperti majalah, internet dan lain-lain.



1. Jangan sesekali berputus asa untuk berusaha mendapatkan zuriat sendiri. Teruskan usaha dan rawatan, serta sentiasa berdoa memohon kepada Allah S.W.T untuk mendapat zuriat. Mudah mudahan Allah kabulkan doa kita. Jika bukan sekarang mungkin akan datang. Tetapi jangan terus putus asa. Kuatkan tekad dan semangat menghadapi apa juga rintangan.



2. Jika kita atau pasangan menghadapi masalah berat badan sama ada terlebih berat atau kurang berat, usahakan untuk mengatasi masalah tersebut. Amalkan pemakanan yang seimbang, bersenam dengan konsisten dan amalkan cara hidup sihat.  Bila berat badan kita ideal, In Shaa Allah mudah mudahan senanglah kita mendapatkan zuriat.



3. Elakkan stress sama ada dirumah mahupun ditempat kerja. Ini kerana ia juga mempengaruhi badan kita dan mempengaruhi tahap kesuburan kita. Bila kita stress, badan akan turut terbeban dan boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun.



4. Usahakan untuk membuat pemeriksaan di hospital untuk mengetahui punca lewat dikurniakan zuriat setelah 2 tahun berkahwin. Jangan malu untuk menjalani pemeriksaan dan jika telah dikenalpasti punca, mudah untuk membuat rawatan yang bersesuaian. Hal ini perlu kerjasama daripada suami dan isteri. Tidak boleh hanya seorang sahaja yang mahu membuat pemeriksaan.




Selain di hospital swasta, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga ada menyediakan perkhidmatan kesuburan. Telah banyak pasangan suami isteri yang berjaya hamil dan memiliki anak sendiri. Untuk makluman, Klinik Nur Sejahtera dibawah LPPKN terdapat diseluruh Malaysia. Boleh klik website LPPKN untuk maklumat lanjut.

Boleh juga mencuba SET SUBUR SUAMI ISTERI SHAKLEE ini. Pm/sms/Whatsapp 014-6874707 untuk maklumat lanjut.


Yang penting, MESTI USAHA.. JANGAN PUTUS ASA.. IN SHAA ALLAH DIPERMUDAHKAN..

Saya doakan yang terbaik buat kita semua... Aamiin..

0 comments: