Thursday, 14 May 2015

MAK OH MAK..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA PARA IBU..

Dah agak lewat namun masih dalam mood hari ibu kan.. Hehe ...Tiba-tiba teringat nak kongsi cerita tentang insan yang digelar ibu, mak, mama, umi, mummy, mum, bonda dan macam2 panggilan lagi itu.

Ok,

Saya ada 3 orang insan istimewa yang dipanggil Mak, dan seorang yang dihormati dipanggil Umi.

Saya ada Ibu Kandung yang mengandung dan melahirkan saya.

Saya ada Ibu Angkat yang membesarkan dan menjaga saya sejak kecil hingga dewasa.

Saya juga ada Ibu Angkat yang dikenali semasa belajar di UiTM Jengka semasa program anak angkat.

Saya ada Ibu mertua yang dipanggil Umi.

Kesemua insan ini amat saya sayang dan kasihi...

Saya rasa bertuah punya insan2 ini dalam hidup saya.

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kebahagiaan ini dalam hidup saya biarpun ada suka duka, namun bila dikenang, hanya kenangan manis yang lebih diingati. Pengalaman mematangkan saya. Saya bersyukur dengan segala kurniaanya. Alhamdulillah..

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.. Aamiin..

0 comments: