Monday, 15 June 2015

7 SEBAB UTAMA KENAPA IBU TIDAK DIGALAKKAN BERI ANAK SUSU FORMULA BERBANDING SUSU BADAN...

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sayangmak.com yang dikasihi...

SUSU IBU VS SUSU FORMULA


Berikut dikongsikan 7 sebab UTAMA kenapa ibu tidak digalakkan beri anak susu formula.

1. Susu formula boleh menyebabkan bayi kurang daya tahan badan. Bayi akan mudah terkena demam, batuk dan selsema manakala susu ibu mempunyai nutrien yang mencukupi serta mengandungi antibodi yang diperlukan oleh bayi.

2. Bayi yang menyusu susu formula mudah terkena cirit birit kerana bukan semua susu formula sesuai dengan bayi. Susu ibu mudah dihadam dan tiada bayi yang alah dengan susu ibu. 

3. Susu formula juga mudah tercemar berbanding susu ibu yang dijamin selamat dengan suhu yang sesuai dengan sesuatu keadaan (Direct feeding).

4. Berbanding dengan susu ibu, susu formula ambil masa untuk disediakan dan perlu sentiasa pastikan suhu yang tepat dan sukatan yang betul. Tidak boleh terlalu panas atau sejuk. Tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.

5. Boleh meningkatkan risiko ibu untuk mendapat kanser payudara, ovari dan serviks.

6. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.

7. Yang pastinya, memberi susu formula kurang membantu mengeratkan kasih sayang ibu dan anak berbanding memberi susu badan yang mana bayi akan selalu dekat dengan ibu.

Buat ibu dan bakal ibu, fikir-fikirkanlah.. Apa yang terbaik untuk anak kita...  Pastinya berikanlah susu ibu sepenuhnya sehingga anak berusia 6 bulan dan kemudian teruskan hingga usia anak sekurang-kurangnya 2 tahun...

Bayi susu ibu, bayi yang bijak dan sihat... :)





0 comments: