Monday, 1 June 2015

KENAL PASTI PUNCA:BANTU CEGAH MIGRAIN...

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog sayangmak.com..



Adakah anda pernah mengalami migrain? Ya, saya pernah. Saya mula alami migrain semasa di tingkatan 2. Tiba-tiba pandangan mata ada macam ada "z z z z z" Macam cacing pun ya.. Sukar nak dijelaskan. Kabur. Hanya orang yang pernah alami sahaja yang tahu. Selepas itu, mula pening n muntah-muntah sampai tiada apa yang nak keluarkan. Minum air kosong pun keluar. Sampai pahit tekak.


Sumber: Google - visual pandangan mata yang dialami semasa diserang migrain (Bagi sesetengah orang)

Sejak itu, bermula dari hari pertama kena migrain, selalulah cikgu kena hantar saya balik rumah sebab saya pergi sekolah naik basikal. Agak jauh juga. Rumah saya pun tiada telefon masa tu. Nak tak nak, cikgu kenalah hantar balik sebab bila dah pening, muntah, lembik la badan. Ingat lagi nama cikgu tu Cikgu Aznin. Guru kelas saya dan sudah meninggal dunia tahun lepas. Arwah merupakan seorang guru yang sangat baik dan disenangi semua pelajar. Al Fatihah untuk arwah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Aamiin..

Zaman persekolahan dan universiti, memang teruk juga saya kena migrain. Kerap terjadi. Bila dah kena tu, tidak kira tempat. Bila-bila masa saja boleh jadi. Saya pula jenis tak boleh orang lain ganggu saya masa kena migrain tu. Bagi saya, ia boleh menyebabkan saya semakin pening dan sakit kepala. Saya hanya baring sambil tutup kepala dengan selimut agar gelap dan cuba untuk tidur. Tapi memang penatlah dengan keadaan pening dan sakit kepala tu, kena berulang alik ke bilik air untuk muntah. Saya memang pesan dengan kawan-kawan supaya biarkan saja saya. Jangan ganggu atau tanya apa-apa masa saya diserang migrain. Akhirnya mereka akur. Semasa dengan keluarga dirumah pun begitu. Saya lebih selesa jika orang disekeliling saya tidak membantu apa-apa. Biarkan saja dan ia akan sembuh dengan sendirinya.

Setelah sekian lama mengidap migrain, saya mula kenal pasti puncanya. Ya, stress lah puncanya. Bila saya kerap memikirkan sesuatu masalah, mudahlah saya diserang migrain. Namun kadangkala lewat makan pun boleh jadi juga migrain ini. Jadi, setelah tahu puncanya, mudahlah saya menanganinya dan kini migrain sudah jarang-jarang datang kepada saya. Bila terasa stress sangat, cepat-cepat saya positifkan minda. Fikir yang baik-baik dan yang mengembirakan sahaja. In shaa Allah memang berkesan untuk saya. Saya juga elakkan untuk lewat makan sampai perut kosong. 

Berikut saya kongsikan antara punca atau faktor terjadinya serangan migrain selain yang saya kongsikan di atas.

1.  Perubahan Hormon Estrogen (Bagi Wanita)
Hormon estrogen yang banyak dapat menyebabkan migrain khususnya semasa hormon tidak stabil seperti sebelum dan semasa haid, ketika hamil atau ketika sedang menjalani terapi hormon.

2.  Perubahan Cuaca
Perubahan cuaca yang keterlaluan, tidak menentu serta perubahan tekanan udara dapat menjadi penyebab migrain.

3.  Jadual Tidur Yang Tidak Menentu
Pola tidur yang tidak menentu seperti terlalu kurang masa tidur atau terlalu lama juga boleh menyebabkan migrain. Badan tidak cukup rehat.

4.  Keletihan
Olahraga atau aktiviti fizikal yang lebih berat biasanya boleh menjadi punca terkena serangan migrain.

5.  Keadaan Persekitaran
Cahaya yang terlalu terang, suara yang terlalu kuat atau bau tertentu yang sangat menyengat seperti bau wangian dan asap rokok/kenderaan dapat menjadi penyebab migrain.

6.  Makanan dan Minuman 
Makanan yang berasaskan coklat, keju atau yang mengandungi banyak MSG atau bahan pengawet serta minuman yang beralkohol atau berkafein juga boleh menjadi penyebab migrain.

Jadi, seboleh-bolehnya elakkanlah faktor-faktor penyebab ini agar serangan migrain tidak berulang. Ya, satu lagi, mungkin boleh jadi punca adalah keturunan. Saya tidak pasti ini fakta atau kebetulan kerana dalam ahli keluarga saya juga ada yang mengalami migrain seperti ibu kandung dan kakak. Tetapi mungkin kebetulan kot. Huhu 

Sekarang ini, bila terasa lain macam nak kena migrain, saya cepat-cepat ambil sebiji Shaklee B-Complex dan Alhamdulillah, fikiran jadi mudah tenang dan tidak kusut kerana B-Complex membantu mengurangkan stress.

 Saya berharap agar migrain tidak mengganggu hidup saya lagi..  Begitu juga dengan anda semua. Semoga kita semua dijauhkan dari serangan penyakit migrain ini.

Semoga bertemu kembali di lain entry. 



p/s: nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee B-Complex ini, hubungi saya di talian 014-6874707 (sms/whatsapp/telegram) atau emel fatimahjaafar86@gmail.com.

0 comments: