Tuesday, 16 June 2015

KERINDUAN YANG MENCENGKAM...

RINDU.....

Sejak akhir-akhir ini, sering teringat-ingat akan arwah Mak dan Ayah.. Terkenang-kenang hingga menitis air mata.. Kerinduan yang amat sangat.. Mungkin dah nak puasa ini, kenangan itu lebih segar difikiran. Bila tengok orang lain bersama keluarga, mula teringat kenangan lama dulu..

Tidak tergambar bagaimana mahu diceritakan kerinduaan itu.. Pelbagai rasa.. Pilu dan syahdu mengenangkan insan yang telah lama meninggalkan kita..


Arwah Mak yang dirindui...

Arwah Mak saya meninggal dunia pada 19 Februari 2009 dalam keadaan mengejut tanpa sebarang petanda.. Arwah Mak sihat macam biasa. Cuma biasalah, orang tua-tua, cuma sakit-sakit lenguh-lenguh badan begitulah.. Arwah Ayah yang ketika itu mengalami demam.. Namun takdirnya, Arwah Mak yang pergi dahalu.. Memang Arwah Mak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi namun tidak terlalu serius. Hanya ambil ubat di klinik beberapa bulan sekali. Tetapi takdir tuhan, siapa boleh menduga. Emak yang selalu menjaga Ayah yang selalu tidak sihat yang telah pergi dahalu. Masa itu saya masih belum berkahwin dan bekerja di Ipoh. Jika tiada apa-apa, setiap hujung minggu saya akan balik ke rumah di Parit, Perak menaiki motosikal seorang diri. Agak jauh juga tetapi bila sudah biasa, tidak rasa jauh. Semasa Arwah meninggal, saya sedang bekerja. Kebetulan selepas balik kerja, saya singgah ke Cyber Cafe (CC) untuk memeriksa emel. Maklumlah dahulu tiada handphone canggih macam sekarang yang boleh selalu online. Baru sahaja sampai di CC dalam lebih kurang pukul 6 petang, dapat panggilan telefon daripada sepupu mengatakan suruh balik segera. Mak pengsan. Saya pun pelik, tak pernah Mak jadi macam tu dan mula rasa tidak sedap hati. Dengan sehelai sepinggang, saya terus balik ke rumah. Dalam perjalanan tu, macam-macam saya fikir dan doakan agar semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Hampir sampai ke jalan hendak ke rumah, bertembung dengan bapa kandung yang dipanggil Abah. Abah terus beritahu, "Mak hang dah takdak. Ada kat rumah Cu Mail (Paksu) hang.." Masa tu, bawak motor dah macam apa dah..Mujur dah tak jauh. Sampai-sampai rumah Cu Mail, orang dah ada ramai juga. Terus Cu Teh (Isteri Cu Mail) datang peluk, bagitau Mak dah takda. Tenangkan saya. Ya Allah, macam nak tercabut nyawa rasanya.. Macam tak percaya.. Mak dah tak ada... Tak sempat jumpa Mak. Tak sempat minta ampun dengan Mak atas segala dosa saya sebagai anaknya.. Dimaklumkan Arwah Mak meninggal dengan mudah dan sempat menyebut-nyebut nama saya.. Hingga hujung nyawanya, Arwah masih teringatkan saya.. Begitulah kasih sayang seorang ibu kepada anak yang dijaga, dibelai dengan penuh kasih sayang sejak hari pertama saya dilahirkan.. Ya Allah, ampunkanlah dosa Arwah Mak saya, Salkiah Binti Bidin dan rahmatilah rohnya Ya Allah.. Tempatkanlah di kalangan orang yang beriman.. Aamiin Ya Rabbal Alamin...


Kenangan bersama Arwah Ayah di hari persandingan saya...

Arwah Ayah meninggal dunia pada 25 Februari 2012 di Hospital Yan, Kedah Darul Aman. Setelah beberapa hari masuk wad, akhirnya Arwah Ayah pergi tinggalkan kami semua.. Saya tidak dapat menjaga arwah di hospital kerana ada anak kecil. Aqil ketika itu belum pun setahun usianya dan masih menyusu badan. Jadi, suami dan anak saudara Arwah Ayah yang menjaga pada waktu malam. Saya cuma boleh jenguk sekejap-sekejap ketika waktu siang bergilir dengan suami menjaga anak di luar wad. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke wad. Arwah disahkan meninggal akibat penyakit jantung yang memang sudah sekian lama diketahui dan ada ambil ubat di hospital sejak beberapa tahun sebelum itu. Saya redha dengan pemergiaan Arwah Ayah kerana tidak sanggup melihat penderitaannya semasa di hospital. Pelbagai wayar berselirat.. Sedihnya hanya Allah S.W.T yang tahu..Ayah yang berhempas pulas mengunakan tulang empat keratnya mencari rezeki untuk makan minum dan belanja persekolahan saya hingga ke universiti.. Mana mungkin saya melupakan budi dan jasa Arwah Ayah kepada saya.. Semoga Allah ampunkan segala dosa Arwah Ayah saya, Jaafar bin Saad dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman... Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Saya sayang Arwah Mak dan Ayah yang menjaga dan membesarkan saya dari kecil hingga dewasa. Walaupun saya bukan anak kandung mereka, tetapi kasih sayang yang Arwah Mak dan Ayah curahkan sangat-sangat saya hargai dan hanya milik saya seorang tanpa dikongsi dengan adik beradik yang lain... Besar sungguh nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.. Saya ada Mak dan Abah kandung, ada adik beradik seramai 6 orang, namun saya diberikan peluang untuk jadi anak tunggal kepada Arwah Mak dan Ayah saya dan diberi sepenuh perhatian. Nikmat Allah yang mana yang saya mahu dustakan.. Alhamdulillah.. Syukur...

Sekarang, walaupun Arwah Mak dan Ayah telah tiada didunia ini, saya masih mempunyai Mak dan Abah Kandung. Akan saya kasih dan sayangkan mereka juga.. Semoga Allah SWT merahmati Mak dan Abah saya... Saya sayang semua............

0 comments: