Tuesday, 2 June 2015

PETUA KULIT CANTIK GUNA BAHAN SEMULAJADI..

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog sayangmak.com.

Kulit yang cantik, halus, berseri dan sihat adalah dambaan kepada semua orang terutama bagi wanita. Pelbagai produk dari pelbagai jenama yang berbaris di pasaran sekarang hingga tidak tahu hendak memilih yang mana.

Namun begitu, jangan ditinggalkan petua kulit cantik dari bahan semulajadi kerana ianya lebih diyakini selamat dan pastinya tanpa bahan kimia yang meragukan. Berikut saya kongsikan petua semulajadi untuk mencantikkan kulit.

1. Petua Menghaluskan Kulit



Bahan-bahan

-segengam daun bayam
-Sedikit kuning telur, madu dan air mawar
Cara: Ambil daun bayam dan tumbuk hingga lumat dan halus. Kemudian, campurkan dengan kuning telur, madu dan juga air mawar. Gaul hingga rata dan pekat hingga menjadi masker. Sapukan masker tersebut pada wajah dan biarkan hingga kering. Akhir sekali, bilas muka hingga bersih. Cubalah dan rasakan perbezaannya..

2. Petua Melembapkan Kulit



Bahan-bahan

-1/2 biji betik yang masak ranum
-1 sudu madu
-1 sudu yogurt atau 10 biji bedak sejuk
Cara: Kisar betik bersama madu, yogurt atau bedak sejuk. Sapukan ke wajah hingga rata dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air suam hingga bersih. Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasilnya.

3. Petua Menghilangkan Parut



Bahan-bahan

-Asam jawa
-Air secukupnya
Cara: Bancuh air asam jawa dengan air, lebih pekat, lebih baik. Kemuda sapukan ke kawasan kulit yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaik-baiknya sapu pada waktu malam sebelum tidur. Basuh dan bilas setelah bangun tidur.

Ringkas sahaja kan bahan-bahannya. Mudah dan jimat.. Cubalah..


0 comments: