Sunday, 7 June 2015

PUDING ROTI WARNA WARNI YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca sayangmak.com yang dikasihi..

Bagaimana dengan hujung minggu anda semua? Semoga ianya terisi dengan kebahagiaan anda sekeluarga..

Malam sabtu yang lalu, masuk dapur, nampak ada 3 keping roti gardenia. Lebih dari buat roti telur untuk sarapan pagi. Tiba-tiba teringat ada satu resepi puding yang dah save dalam handphone. Cepat-cepat cari dan check bahan-bahan. Yess, semua ada. Apalagi, terus la buat.. Tada...


Memang sedap dan mudah.. Terima kasih kepada empunya resepi.. Ni resepinya..

3 keping roti (tak perlu buang kulit)
1 peket agar-agar serbuk
600 ml air
200 ml susu cair
1/2  cawan gula
1/2 sudu kecil esen ros (saya guna sirap ros je. haha..)
pewarna ikut kreativiti (saya guna pewarna kuning dan sirap ros)

1. Mula-mula, kisar roti dan susu. Kemudian, ketepikan.
2. Campurkan serbuk agar-agar, air, gula dan gaul rata.
3. Panaskan di atas api, kacau dan masak hingga mendidih.
4. Kecilkan api dan tuangkan roti yang dikisar. Gaul hingga mendidih sikit-sikit dekat tepi periuk.
4. Kemudian, matikan api dan masukkan esen ros. Gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kreativiti masing-masing.
6. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai berselang seli dengan warna yang ada.
7. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk.. Nyaman... :)

Mudahkan.. Sesiapa pun boleh buat.. Semoga bermanfaat.. :)

0 comments: