Wednesday, 15 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sayangmak.com yang dikasihi..

Tidak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya. Bagaimana persiapan? Kami sekeluarga bersederhana sahaja raya tahun ini. Baju raya sorang sepasang selebihnya pakai yang mana ada. Biasalah budak-budak, cepat membesar. Kejap je nanti boleh pakai baju dan seluar tu. Baik pakai sampai la dah tak muat, kemudian boleh beli yang lain. Bukan kedekut cuma tak mahu membazir. Tema warna untuk hari raya kami tahun ini adalah warna kelabu.. Tiada perancangan tapi ikut warna yang ada saiz. Huhu hujung-hujung puasa baru nak cari baju, memang akan hadapi masalah untuk dapat saiz terutama baju anak-anak. Jadi, bila dah jumpa baju yang sesuai untuk Aqil dan Arif, barulah bergelut cari baju untuk mak ayahnya pula.

Tahun ini kami akan beraya di Parit, Perak. In Shaa Allah selepas solat sunat aidilfitri, kami akan gerak ke Perak. Selepas itu akan ke Taiping dan Parit Buntar menziarahi saudara mara sebelah suami pula. Mujurlah dalam satu negeri sahaja cuma jaraknya agak jauh jugalah..

Sejak berkahwin, saya tidak pernah lagi cuba buat biskut raya sendiri. Semuanya beli sahaja sebab suami kata, bukan nak makan banyak mana pun, nak jamu orang makan saja, beli je beberapa jenis. Bazir masa dan tenaga kalau nak buat lainlah kalau memang nak makan banyak or ada orang yang suka sangat makan. Suami dan anak-anak makan sedikit sahaja biskut-biskut ini. Kurang gemar. Jadi, baiklah beli sahaja. Kalau tetamu datang pun biasanya mesti ada sediakan juadah berat seperti Mi Bandung, Mihun Tom Yam, Mee Goreng dan lain-lain. Jadi, fokus tetamu memang akan makan makanan berat yang disediakan. Biskut itu hanya sekadar sampingan sahaja.

Persiapan untuk mengemas rumah juga telah dijalankan sedikit demi sedikit secara berperingkat. Langsir pun tidak tukar baru tahun ini sebab tahun lepas dah tukar. Guna yang lama sahaja. Huhu Bab nak menghias rumah pun saya tidak begitu beria-ia. Memang rumah dibiarkan lapang dan kurang perabot sebab nak ruang yang luar untuk anak-anak bermain. Saya duduk rumah jenis apartment. Jadi, tiada laman rumah untuk anak bermain basikal dan sebagainya.  Semua main dalam rumah sahaja. Jadi, perlu ruang yang luas. Saya fikir, anak meningkat remaja nanti, barulah boleh nak penuhkan rumah dengan perabot dan lain-lain. Meja makan pun kami guna meja jepun je. Tak perlu kerusi. Bersila saja. Lepas tu ada set sofa untuk menonton television. Itu sahaja.

Perbezaan raya yang ketara tahun ini adalah mengenangkan arwah nenek yang telah kembali kerahmatullah beberapa bulan lepas semasa mengerjakan umrah. Arwah meninggal dunia di Hospital Jeddah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.. Aamiin..

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog sayangmak.com. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya.. Sokongan anda amat saya hargai.. Mohon maaf andai ada tulisan yang menyentuh hati dan buat sesiapa terguris hati. Saya mohon maaf.. Semoga Hari Raya tahun ini membawa seribu rahmat buat kita semua.. Semoga Allah S. W. T melindungi dan merahmati kita semua.. In shaa Allah,,, Aamiin...


0 comments: