Sunday, 13 September 2015

TIPS MUDAH BERSALIN AGAR TENANG DI BILIK BERSALIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca sayangmak.com yang dikasihi.

Entry kali ini saya nak kongsikan tentang tips mudah bersalin agar kita tenang dan tidak mengelabah di bilik bersalin terutama bagi ibu yang pertama kali mahu bersalin. Pengalaman bersalin anak pertama dan kedua saya memang berbeza sebab yang kedua tu dah tahu dah apa yang perlu dilakukan sebelum proses bersalin bermula. Banyak kesilapan yang saya lakukan ketika bersalin anak pertama jadi, saya tidak mahu ia berulang kepada orang lain juga.



1. Dapatkan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin

Sekarang ini, banyak sumber yang boleh digunakan untuk mencari maklumat berbanding zaman dahulu. Paling mudah, search saja di GOOGLE.. Taip saja apa maklumat yang kita hendak cari, pasti keluar info tersebut. Mudah kan?.. Selain itu, kita boleh membaca buku, majalah dan bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman. Macam saya dulu, saya banyak bertanya dengan kawan-kawan sepejabat yang pernah bersalin. Macam-macam tips yang mereka kongsikan dengan saya. Mana yang sesuai, saya praktikkan dan mana yang perlu dielakkan, saya elakkan.

2. Pastikan mempunyai tenaga yang mencukupi

Sebelum masuk ke bilik bersalin, kita perlu makan dan minum supaya ada tenaga untuk meneran di bilik bersalin nanti. Memang kalau dah mula rasa sakit nak bersalin, kita tak lalu nak makan, tapi perlu paksakan diri juga. Yang paling mudah, makan kurma dan air zam zam. Kurma memang telah terbukti dapat memberikan tenaga segera kepada kita. Pengalaman bersalin anak pertama dahulu, saya makan nasi beberapa jam sebelum ke bilik bersalin manakala anak kedua saya makan kurma. Alhamdulillah adalah tenaga untuk meneran. Selain itu, boleh juga minum ESP Shaklee dan juga Performance Drink sebelum bersalin untuk memberi tenaga segera kepada kita.

3. Aplikasikan teknik pernafasan yang betul


Semasa dalam bilik bersalin, kita perlu relaks dan bertenang. Jangan fikirkan tentang perkara lain. Sentiasa berzikir "Lailahailla anta Subhanakainni kuntomminazzolimin".. sambil dalam hati menyebut dan menghayati maknanya sekali..Semasa menghembuskan nafas, cuba lepaskan segala tekanan dalam diri kita. Cara pernafasan yang betul adalah dengan bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut kita. Tarik nafas dengan lembut dan lepaskan dengan lembut dan panjang. Pastikan hembusan nafas lebih lama dan panjang dari menyedut nafas.

4. Jangan meneran sebelum tiba masa tepat

Semasa bersalin anak pertama, saya memang tidak tahu macam mana nak meneran dan  bila perlu meneran. Meneran sebelum masa yang tepat boleh meningkatkan risiko koyak yang serius. Menakutkan bukan? Selalunya nurse atau doktor akan beritahu bila boleh mula meneran. Biasanya setelah bukaan 10 cm. Masa anak kedua, saya dah tahu bagaimana nak meneran dan mula meneran bila terasa seperti hendak membuang air besar. Setelah beberapa kali meneran, Alhamdulillah, bayi dapat keluar dengan sedikit bantuan episiotomi.

5. Jangan angkat punggung semasa meneran

Untuk mengelakkan risiko koyak yang banyak, kita TIDAK BOLEH mengangkat punggung semasa proses meneran. Hal ini perlu dijaga kerana kadangkala kita dalam kesakitan kontraksi yang kuat, kita akan mudah lupa perkara ini. Jika suami ada bersama menemani semasa dalam bilik bersalin, berpesan lebih awal kepada suami untuk mengingatkan agar kita tidak mengangkat punggung semasa meneran.



Akhir sekali, kita perlu perbanyakkan doa dan bertawakal kepada Allah agar kita dipermudahkan untuk bersalin. Dengan mengetahui dan mempelajari tips dan teknik yang betul, In shaa Allah akan memudahkan proses bersalin dan kita akan tenang sahaja semasa menjalani proses tersebut. Nikmatilah setiap saat semasa sakit bersalin kerana sebaik sahaja anak lahir, akan hilanglah segala kesakitan tersebut dan diganti dengan perasaan bahagia yang sukar diungkap dengan kata-kata..

















0 comments: