Thursday, 8 October 2015

6 TIPS AGAR LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sayangmak.com yang 
dikasihi.



Bagi ibu yang bersalin normal mahupun secara pembedahan caesarean pasti mahu luka bersalin cepat sembuh. Selagi tidak sembuh, memang risau dan sukar nak menjalankan tugas harian. Tambahan pula dengan hendak menjaga bayi yang baru lahir. Bagi yang ada pembantu, mudahlah sedikit namun bagi yang berpantang sendiri, semua harus dilakukan sendiri.  Oleh itu, penting untuk ibu memastikan luka bersalin cepat sembuh.

Luka bersalin normal (episiotomi)


Luka bersalin pembedahan

Berikut saya kongsikan antara tips yang boleh dipraktikkan untuk memastikan luka bersalin cepat sembuh sebagai perkongsian bersama.

1. Sentiasa memastikan luka sentiasa bersih dan kering bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Gunakan air bersih dan lebih elok sekiranya ibu turut menggunakan cecair pembasmi kuman yang sesuai. Jangan gunakan sabun. Selepas membuang air besar, pastikan bersih dari depan ke belakang untuk mengelakkan luka terkena najis. Selepas itu, keringkan dengan kain bersih.

2. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama untuk mengelakkan tekanan pada luka. Cuba selalu berubah posisi agar bahagian luka tidak terbeban.

3. Semasa membuang air besar, tekan dengan lembut di kawasan luka episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan daripada terbuka. 

4. Ibu perlu makan makanan yang seimbang dan mengandungi tinggi serat agar ibu tidak mengalami sembelit. Minum air secukupnya. Seksa rasanya jika mahu meneran sembelit dalam keadaan luka yang masih belum sembuh. Ngeri membayangkan jika luka terbuka..Aduh..

5. Sentiasa bersedia dengan pil tahan sakit. Ia sangat penting sekiranya luka terasa amat sakit hingga boleh menyebabkan ibu tidak selesa dan tidak dapat fokus pada bayi.

6. Antara petua yang boleh dicuba adalah dengan merendam kawasan luka dengan air rebusan asam keping dan garam. Setelah suam, rendamkan luka dengan air tersebut selama beberapa minit. Kalau saya, sampai air tersebut sejuk. Memang pedih sedikit tetapi memang berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga bantu menghilangkan gatal-gatal ditempat luka.

Bila luka sembuh, ibu tidak risau lagi untuk membuat kerja rumah. Boleh juga fokus kepada penjagaan anak sepenuhnya. Bagi saya, selagi luka tidak sembuh, perasaan risau semasa melakukan sesuatu sentiasa ada. Nak berjalan pun perlu terlalu berhati-hati apatah lagi untuk membuat kerja lain. Betul tak?

Semoga bermanfaat.. :)


0 comments: