Wednesday, 7 October 2015

PENGALAMAN MENGGUNAKAN ALAT PERANCANG IUD (ALAT DALAM RAHIM)

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sayangmak.com yang dikasihi..

Bagi kebanyakkan ibu yang baru melahirkan anak, antara perkara utama yang akan difikirkan adalah perancang keluarga! Betul tak? Sebagai ibu pastinya kita merasakan ingin memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada bayi yang baru dilahirkan sebelum dikurniakan anak lagi.

Kini terdapat pelbagai jenis kaedah atau alat perancang keluarga. Boleh pilih mana satu yang disukai dan sesuai. Ingat, sesuai bagi seorang individu, mungkin tidak sesuai pula dengan individu yang lain. Jadi, kita perlu buat pilihan yang bijak dengan bantuan nasihat daripada mereka yang berpengalaman seperti Doktor dan Jururawat.

Pengalaman saya, selepas melahirkan anak pertama, saya tidak terus memikirkan tentang perancang keluarga. Ini kerana saya tidak didatangi haid sejak selepas habis nifas. Jadi, saya berfikiran bahawa tidak mungkin saya akan hamil dalam tempoh tersebut.  Namun begitu, setelah beberapa bulan, saya mula didatangi haid buat pertama kali selepas melahirkan anak. Kemudian, bulan berikutnya tiada pula. Saya ingatkan mungkin haid tidak tetap kerana menyusukan anak. Tidak terfikir pula akan mengandung. Baru berkira-kira hendak menggunakan kaedah perancang keluarga yang mana satu, tiba-tiba ditakdirkan hamil anak kedua tanpa ada tanda-tanda atau alahan apa-apa. Dapat tahu semasa kandungan sudah berusia lebih kurang 3 bulan. Alhamdulillah.. Bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T biarpun tidak disangka-sangka.

Lebih kurang umur anak sulung (Aqil) 1 tahun 7 bulan, dia dah dapat adik (Arif).  Belajar dari pengalaman yang lepas, kali ini saya segera mencari info tentang kaedah merancang keluarga yang sesuai. Setelah membuat pencarian maklumat di internet, pembacaan majalah dan pengalaman kawan-kawan, berikut saya dapati ada beberapa jenis kaedah atau alat untuk perancang keluarga. Antaranya adalah:


Pil Perancang


Suntikan


Implan


Alat dalam rahim atau IUD


Kondom

Satu lagi, vasektomi iaitu satu prosedur pembedahan ke atas lelaki bagi mencegah sperma dari memasuki aliran mani. 

Setelah mengetahui tentang semua jenis alat perancang keluarga, saya berminat untuk mengunakan kaedah implan tetapi apabila pergi ke klinik, saya dimaklumkan implan ini ada hormon. Jadi berisiko lah untuk kena migrain dan lain-lain tapi tidak semua orang akan alami. Mungkin bagi sesetengah orang. Jadi, saya tak mahu ambil risiko tu sebab saya ada sejarah migrain. Tak sanggup nak alami lagi.  Oleh itu, saya memutuskan untuk menggunakan alat dalam rahim atau IUD kerana ia alat yang tidak mengganggu hormon. Pilihan selain itu adalah penggunaan kondom. Tapi lecehlah kan. Kalau guna IUD, sekali je prosedurnya, tak payah fikir apa dah.. Sebenarnya IUD ada dua jenis. Satu yang ada hormon, satu yang tiada hormon. Saya pilih yang tiada hormon.  Saya pergi ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN kerana saya memang bekerja dengan LPPKN (Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI). Untuk makluman, Klinik Nur Sejahtera ini ada di seluruh Malaysia tau. Jika nak tahu Klinik Nur Sejahtera yang berdekatan dengan anda, boleh KLIK SINI.  Sebelum memilih kaedah IUD, saya mencari info melalui internet, majalah dan juga perkongsian pengalaman kawan-kawan yang pernah atau sedang menggunakannya. Setelah menimbang baik buruk. Saya terus pergi pasang.

Mulanya risau juga bimbang sakit. Namun, setelah alami prosedur memasang IUD, tidak sakit lah. Cuma masa pasang tu akan rasa senak sedikit. Lepas tu hilang. Tak rasa apa-apa. Cuma kita dinasihatkan supaya selalu check tali yang kita boleh rasa kalau masukkan jari ke dalam vagina untuk pastikan kedudukannya tidak berubah. Namun begitu, tak perlu risau sangat. In Shaa Allah tiada apa-apa. Bagi saya, tidak langsung rasa serik atau ngeri untuk pasang IUD seperti yang pernah diceritakan oleh orang lain. Bila dah rasa sendiri, barulah kita tahu.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perancang keluarga, boleh layari laman web ini juga, Myhealth..

Moga bermanfaat untuk kita semua..:)

0 comments: